DR MAHATHIR DINASIHAT TIDAK PILIH PUTRAJAYA UNTUK BERTANDING

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad digesa tidak bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Naib Ketua UMNO bahagian Putrajaya, Datuk Nordin Hasan, berkata ia demi menjaga keamanan dan keharmonian pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini.

“Biarpun ada jasa dan bakti Dr Mahathir kepada pembangunan Putrajaya sepanjang memegang tampuk pemerintahan negara, namun bekas perdana menteri itu dinasihatkan supaya tidak memilih Putrajaya sebagai kawasan untuk bertanding.

“Ini kerana kita tidak mahu melihat keharmonian dan kemakmuran penduduk Putrajaya terjejas berikutan pembabitan beliau dalam parti pembangkang lebih kepada niat membalas dendam terhadap kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional, bukannya untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Negaraku@Komuniti dan Program Cinta Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir baru-baru ini yang tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya.

Nordin berkata, rakyat juga diminta menilai keikhlasan pemimpin dalam parti pembangkang itu untuk membantu rakyat kerana ramai kalangan mereka yang tidak setia untuk berjuang bersama parti terdahulu.

“Itu tandanya mereka tidak pernah ikhlas dalam memimpin rakyat, membangunkan agama, bangsa dan negara malah sanggup bekerjasama dengan parti yang pernah dilabel mereka sebagai rasis dahulu.

“Rakyat boleh menilai sama ada mereka ini layak atau tidak untuk menjadi pemimpin yang benar- benar berjuang untuk rakyat atau semata-mata agenda tersendiri,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana