Demo Kleptokrasi Bukti Azmin Lebih Sayang PAN Dari PAS

SIKAP talam dua muka Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali terbongkar dalam himpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’.

Dalam usaha mempertahankan kuasa di Selangor, Azmin Ali telah memperbodohkan parti PAS sebagai sekutu Pakatan Rakyat yang jelas tidak lagi wujud.

Malam ini membuktikan Azmin Ali lebih sayang kepada parti PAN apabila PAS dipinggirkan dalam perhimpunan pakatan pada hari ini.

Untuk makluman Timbalan Presiden PKR itu yakin kehadiran orang ramai ke himpunan ‘Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi’ akan meningkat pada sebelah malam namun jumlah kehadiran sebenar jauh lebih kecil daripada sasaran mereka.

Sebelum ini mereka menganggarkan jumlah kehadiran akan mencecah 100,000 walaupun stadium tersebut hanya mempunyai kapasiti sebanyak 10000 sahaja. Akhirnya Malaysiakini terpaksa akur bahawa kehadiran malam ini hanyalah berjumlah 5000 orang sahaja.

Ironinya Azmin Ali tidak hadir dan tidak berucap pada malam ini walaupun beliau telah dijadualkan untuk berbuat demikian.

Tambahan pula PKR dikatakan cuba mensabotaj perhimpunan ini apabila lewat mencacakkan bendera parti tersebut.

– pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana