DEMO ANTI KLEPTOKRASI SERLAH SIKAP HIPOKRIT PEMBANGKANG

Gelagat dan perangai pimpinan pembangkang yang hipokrit, jelas dapat dilihat pada perhimpunan yang mereka namakan ‘Himpunan Rakyat Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi’ di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata perhimpunan berkenaan yang gagal mencapai sasaran kehadiran, hanya dijadikan medan oleh pemimpin pembangkang untuk memaki hamun pimpinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Sebagai contoh, Lim Guan Eng menunjukkan sikap biadab beliau pada majlis itu apabila menjadikan pentas perhimpunan itu sebagai medan untuk memaki hamun pemimpin UMNO/BN tanpa rasa bersalah dan segan silu.

“Begitulah akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pakatan Harapan (PH). Selama tujuh minit Guan Eng berucap tidak kurang 20 perkataan ‘gila’ dan ‘ tidak siuman’ terbit daripada mulut Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

“Apakah ini kualiti dan kredibiliti seorang pemimpin pembangkang? Saya kira yang ‘gila’ adalah Guan Eng dan bukannya pemimpin UMNO/BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sohaimi berkata pemimpin UMNO/BN masih waras, justeru terus diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memimpin negara.

Katanya, kegilaan Guan Eng sangat jelas apabila mahu memastikan DAP mendominasi pakatan pembangkang sekali gus menobatkan bapanya (Lim Kit Siang) sebagai Perdana Menteri.

“Bagi saya rakyat boleh menilai adab dan akhlak pemimpin pembangkang. Saya yakin rakyat tidak akan memberi mandat kepada kepemimpinan yang angkuh dan biadab ini,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana