DAP dan cerita separuh benar mengenai P. Pinang...

Percubaan pemimpin kanan DAP, Ong Kian Ming untuk memutar belitkan prestasi ekonomi Pulau Pinang di bawah DAP dengan kenyataan separuh benar dan data terpilih tidak boleh menyembunyikan prestasi buruk Pulau Pinang sejak tahun 2008.

Setiausaha Parti Gerakan, Datuk Liang Teck Meng Ian Ming menyatakan bahawa data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2016 menunjukkan KDNK per kapita Pulau Pinang menduduki tempat kedua tertinggi di Malaysia selepas Kuala Lumpur.

Cuma, apa yang tidak dinyatakan oleh beliau ialah pada tahun 2007 sebelum DAP mengambil alih, Pulau Pinang telah pun menduduki tempat kedua tertinggi atas dasar BN yang sebelum ini berjaya menarik syarikat-syarikat gergasi elektronik untuk menubuhkan tapak kilang di sana – menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar dan pengeksport elektronik ketiga terbesar di dunia sehingga digelar “Pulau Silikon”.

“Data Jabatan Perangkaan Malaysia yang sama untuk tahun 2007 menunjukkan KDNK per kapita mengikut negeri, Kuala Lumpur adalah RM44,801, diikuti oleh Pulau Pinang dengan RM31,039 dan Selangor sebanyak RM25,481.

“Menjelang tahun 2016, Kuala Lumpur telah mencecah RM101,420, Pulau Pinang masih di tempat kedua pada RM47,322 manakala Selangor telah mengurangkan jurang dengan Pulau Pinang dan kini menghampiri dengan RM44,816.

“KDNK Pulau Pinang per kapita setahun adalah 69.3% atau hanya RM13,762 kurang daripada Kuala Lumpur pada tahun 2007. Kini Pulau Pinang adalah RM54,098 di belakang Kuala Lumpur dan hanya 46.7% daripada Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Teck Meng, Pulau Pinang telah mencatatkan pertumbuhan KDNK per kapita ketiga yang terendah dari tahun 2008 hingga 2016 di antara kesemua 14 negeri.

“Adalah diketahui umum bahawa harga hartanah dan kos sara hidup di Pulau Pinang adalah sama seperti di Kuala Lumpur – oleh itu, pendapatan yang jauh lebih rendah di Pulau Pinang dibandingkan dengan Kuala Lumpur berserta dengan kosnya yang hampir sama menyebabkan ramai orang muda Pulau Pinang mencari pekerjaan yang lebih baik dengan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja.

“Oleh kerana Kerajaan Pulau Pinang dan majlis daerah tempatan mengenakan caj tertinggi ke atas pemaju, banyak rumah baru di Pulau Pinang kini lebih mahal daripada rumah-rumah di Kuala Lumpur yang tidak mampu dibeli oleh penduduk tempatan,” ujarnya.

Sementara itu, sejak kebelakangan ini, Exco Pulau Pinang, Jagdeep Singh dengan bangganya mengumumkan projek rumah mampu milik pertama oleh kerajaan negeri terdiri daripada 520 unit akan disiapkan menjelang akhir tahun ini untuk didiami pada tahun 2018.

“Saya hairan bagaimana kerajaan negeri berasa bangga secara terbuka dan mengakui bahawa ia hanya akan menyerahkan unit pertamanya (dan hanya 520 unit) setelah 10 tahun berkuasa?” tanyanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana