DAKWAAN TUN M FAKTOR BN AKAN KALAH DI KEDAH PADA PRU-14 HANYA RETORIK

Dakwaan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) bakal menjadi faktor yang akan menggugat peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PR-14) nanti hanyalah satu retorik politik, ujar Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Md Rozai Sapian.

Jelas beliau, ‘tragedi’ PRU-12 tidak mungkin berulang kerana UMNO dan BN sudah bertekad tidak mahu lagi maruah parti dicalar.

“Pembangkang menganggap Tun M sebagai faktor yang boleh menguasai emosi pengundi pada PRU-14 atas alasan pemecatan Datuk Seri Mukriz Mahathir sebagai menteri besar.

“Ini adalah tidak benar sama sekali kerana Mukhriz bukan dipecat tetapi dia meletakkan jawatan. Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, sekiranya seorang menteri besar sudah hilang kepercayaan daripada ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) maka harus dia letak jawatan.

“Harus diketahui bahawa ahli DUN tidak terhad daripada BN sahaja. Semua ahli DUN termasuk pemimpin pembangkang telah dipanggil oleh Majlis Pemangkuan Diraja Kedah dan akhirnya hasil keputusan telah diserahkan kepada Mukhiz.

“Mukhriz tidak ada jalan keluar kerana hampir 100 peratus badan kepimpinan negeri Kedah menolaknya. Kita tidak dapat menerima Mukhriz lagi sebab dia sangat lemah dalam memimpin negeri ini dan dia juga tidak dapat memisahkan diri sebagai pemimpin dan sebagai anak Tun M. Beliau lebih banyak menerima nasihat daripada Tun M daripada Presiden UMNO,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Justeru akhirnya demi nasib negeri dan juga rakyat maka Mukhriz harus digantikan dengan kepimpinan yang jauh lebih berkaliber.

Tambah Rozai, kekalahan UMNO dan BN pada PRU-12 juga sebenarnya bukan atas faktor kekuatan pembangkang tetapi adalah masalah dalaman UMNO sendiri di negeri terbabit.

“Kekalahan itu menyebabkan maruah kami tercalar maka kami bertekad untuk tidak menuding jari sebaliknya berganding bahu mahu mengembalikan maruah UMNO.

“Kekalahan itu telah menyedarkan kami apabila kita hilang Wisma Darul Aman iaitu pusat petadbiran negeri, kita hilang pejabat daerah dan mukim paling kecil iaitu tok penghulu… apa yang tinggal untuk kita hanyalah kebergantungan kepada parti dan komponen.

“Atas tekad mahu mengembalikan kuasa maka kami bersumpah setia akan bekerja sehabis baik dan akhirnya kita menang luar biasa sekaligus mengembalikan 21 kerusi dalam sidang DUN,” ujarnya mengimbas kemenangan BN di Kedah pada PRU-13.

Mengulas dakwaan kononnya parti yang ditubuhkan oleh Tun M iaitu PPBM semakin kuat di Kedah, sekali lagi beliau menafikan dakwaan tersebut.

“Dakwaan ini tidak benar kerana yang menyertai PPBM adalah mereka yang sememangnya dari dulu tidak pernah mengundi kita… mereka yang merajuk dari parti masing-masing yang akhirnya menyebabkan PPBM sendiri yang kini pening kepala.

“Apa yang kita bimbangkan adalah ahli UMNO yang menyertai parti itu tetapi bilangannya amat sedikit namun kita tidak boleh memandang remeh perkara ini.

“Kerana itu kita giat melakukan penambahan pengundi bagi memastikan sejarah PRU-12 tidak akan berulang lagi,” tegas beliau.

Bercerita mengenai pengundi, terang Rozai, pengundi di atas pagar adalah salah satu faktor yang membantu kemenangan BN pada PRU yang lalu oleh itu mereka ini telah dikenalpasti secara terperinci bagi memastikan mereka masih terus memberi kepercayaan kepada UMNO dan BN.

“Kita tidak boleh berharap kepada undi ahli UMNO sahaja kerana ramai ahli UMNO tidak boleh mengundi atas faktor belum cukup umur maka pengundi atas pagar inilah yang akan membantu kemenangan kita.

“Ahli UMNO seramai 39,912 yang boleh mengundi. 18 peratus tidak boleh mengundi kerana tidak cukup umur. Jadi, kita telah menyusun strategi terbaik bagi memastikan BN dan UMNO terus kekal di Kedah,” katanya lagi. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana