BILA SYED SADDIQ NAK BUAT LAPORAN? SPRM SEDANG TUNGGU….

Sembilan hari yang lalu, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tawaran sogokan kononnya beliau ditawarkan sebanyak RM5 juta untuk menubuhkan sekolah debat di seluruh negara.

Syed Saddiq mendakwa individu yang cuba menyogoknya dikenali sebagai ‘H’ di Pejabat Perdana Menteri (PMO) namun ia dinafikan oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad bahawa ‘H’ tidak wujud pun di PMO.

Jika benar dakwaan itu, Syed Saddiq patut membuat laporan kepada SPRM, apatah lagi agensi tersebut kini menanti beliau untuk membuat laporan.

Memetik kata-kata Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil, manakala individu yang mempunyai maklumat mengenai rasuah atau salah guna kuasa perlu melaporkan kepada pihaknya sebelum dapat dilakukan siasatan dan diambil tindakan.

Maka adalah salah jika Syed Saddiq, tidak membuat laporan kerana ia bererti beliau menyembunyikan maklumat berkaitan rasuah.

Tanpa laporan, Syed Saddiq hanya membuat spekulasi dan fitnah sahaja dan ia juga merupakan sesuatu yang tidak bertanggungjawab. Apa gunanya membuat pendedahan pada sidang media semata-mata?. Nyatakan siapa yang menawarkan wang sebanyak RM5 juta itu dan siapa `H’ yang dimaksudkannya itu.

Rakyat Malaysia berminat hendak mengetahui mengenai perkara ini. SPRM pun dah berbunyi, mereka menunggu laporan daripada Syed Saddiq.

Tanpa laporan kepada SPRM, Syed Saddiq akan dianggap sebagai pelakon air mata semata-mata. Jadi Syed Saddiq bila nak buat laporan.

Kami sedang menanti ni. Jangan berdolak dalik lagi. Banyak persoalan sedang muncul ketika ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana