BILA PEMBANGKANG JADI BENGAP, DATA BANK DUNIA PUN MEREKA HENDAK SELEWENGKAN

Apa sahaja yang boleh dipusing dan di “spin” mereka akan guna. Kata FBI hendak tangkap Najib, kata Malaysia hendak kena gadai dan kata Malaysia hendak bankrup dan bermacam lagi.

Janji ianya beri persepsi tidak baik pada Najib dan kerajaan BN, pembangkang akan putar belit semuanya. Data Bank Dunia pun mereka nak putar demi agenda politik mereka.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap mengenai pertumbuhan ekonomi negara, ia bukan sekadar cakap kosong sebaliknya ia disertakan sekali dengan bukti dan bukti itu bukanlah sesuatu yang boleh dipertikaikan oleh sesiapapun.

Ini kerana data pertumbuhan negara diambil daripada laporan Bank Dunia, iaitu satu badan yang diiktiraf oleh seluruh dunia.

Jadi apabila ada pembangkang yang cuba mempertikaikan fakta dari Bank Dunia itu, ia memang sesuatu yang lawak dan menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Ia menunjukkan mereka terlalu “desperate” untuk berkuasa hingga terpaksa putar data Bank Dunia. Sanggup jadi bengap untuk buat rakyat bengap sama seperti mereka.

Mereka menggunakan penulisan di dalam portal tertentu bagi memburukkan negara tetapi hakikatnya ia hanya sekadar propaganda yang bermotivasikan politik, dengan niat untuk mengelirukan pembaca dan rakyat Malaysia.

Salah satunya adalah tulian daripada seorang pembaca portal The Malaysian Insight yang menulis tajuk “Laporan terkini Bank Dunia adalah khabar buruk untuk BN”.

Penulis berkenaan menyebut bahawa Bank Dunia berkata pertumbuhan Malaysia akan perlahan pada 5% pada tahun 2018 dan 4.8% pada tahun 2019.

Sedangkan bagi sebuah negara berpendapatan pertengahan atasan, yang mana bagi kategori Malaysia, pertumbuhan 4.8% dan 5% adalah dianggap sangat baik.

Malah minggu lepas, Bank Dunia telah mengadakan taklimat dengan media di mana ia mengumumkan peningkatan ramalan pertumbuhan Malaysia untuk kali kedua tahun ini. Tiga kali Bank Dunia naikkan unjuran untuk Malaysia.

Tahun lepas, Bank Dunia telah meramalkan Malaysia berkembang hanya 4.3% pada 2017. Ia menaikkan ramalan pertumbuhan itu kepada 4.9% pada bulan Jun dan kemudian menaikkannya sekali lagi kepada 5.2% minggu lepas.

Dalam taklimat media itu juga, pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record memuji ekonomi Malaysia dan membuat kesimpulan:

“Melangkah ke hadapan, prospek kekal positif kerana ekonomi Malaysia terus mengalami pertumbuhan yang luas dalam banyak sektor yang pelbagai. Permintaan domestik dijangka kekal sebagai faktor utama pertumbuhan, disokong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam perbelanjaan sektor swasta.”

Jika berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia ini, ternyata ia menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan yang tepat.

Malangnya, ia sukar diakui oleh pembangkang. Ini termasuklah penulisan A Kadir Jasin yang menggunakan ayat kitar semula bagi membandingkan zaman pemerintahan Najib dengan Mahathir Mohamad.

Kadir sekali lagi mengulangi skrip yang sama dengan menyentuh mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kejatuhan nilai ringgit dan inflasi. Bukan itu sahaja beliau turut bercerita mengenai
kononnya hospital kerajaan ketiadaan atau kehabisan ubat hingga ke tahap rakyat disuruh beli di luar dengan janji dibayar balik kemudian nanti.

Cerita-cerita ini sengaja disebarkan kerana ia lebih mudah untuk membuatkan rakyat membenci kerajaan. Sentuh sahaja isu mengenai GST, hospital tiada ubat atau nilai ringgit jatuh, maka ia akan membangkitkan kemarahan rakyat walaupun cerita itu tidak betul.

Siapa lagi pakar ekonomi, Kadir Jasin kah atau Bank Dunia?

Hakikat sebenar jauh berbeza dengan apa yang diceritakan itu. Memang sukar untuk menerangkan kepada rakyat biasa mengenai KDNK atau pertumbuhan ekonomi, tetapi itulah petunjuk kepada ekonomi negara.

Memetik kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan. Mereka yang berbohong mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia sepatutnya berasa malu kerana berita palsu yang mereka sebarkan ini tidak sejajar dengan apa yang dikatakan oleh institusi-institusi global mengenai Malaysia.

Sebab itulah rakyat jangan percaya bulat-bulat mainan kotor pembangkang ini kerana mereka sudah berada di tahap `jatuh terlepuk’. Mereka sudah tiada lagi `talian hayat’ untuk membantu mereka.

Maka mereka menggunakan hujah dangkal untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat.

Mereka sangka rakyat bodoh tetapi mereka lah yang bodoh. Datuk Seri Najib lebih pandai jaga ekonomi berbanding Mahathir.

Dalam 48 tahun dari tahun 1963 hingga 2011, pertumbuhan tahunan ekonomi Malaysia telah melepasi Singapura hanya lima kali manakala Singapura mengalahkan kita sebanyak 43 kali.

Setelah Datuk Seri Najib dua tahun menjadi PM, sejak tahun 2011, Malaysia telah mengatasi Singapura selama enam tahun berturut-turut dan seperti mana yang diramalkan Bank Dunia, dan akan terus mengatasi Singapura sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang.

Inilah kehebatan Datuk Seri Najib. Tuduhan pembangkang kata Malaysia hendak bankrap adalah tidak benar. Lebih bengap bila pembangkang turut putar belit data Bank Dunia untuk burukkan Malaysia.

Semua rakyat Malaysia harus membaca laporan Bank Dunia yang terbaru itu secara keseluruhan sebelum membuat apa apa kesimpulan. Jangan jadi bengap macam pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana