Begitu jahat dan tidak bertanggungjawabnya puak pembangkang dan portal-portal apabila menabur fitnah.

Kononnya laporan terbaru Bank Dunia adalah berita buruk untuk Barisan Nasional.
Portal yang tidak bertanggungjawab itu ialah The Malaysian Insight.
Portal itu menyiarkan satu kenyataan yang sangat jahat dan berbau fitnah melampau. Perenggan pertamanya sudah berbohong, iaitu:

“Out of the 15 Asian economies analysed in the report, Malaysia and a few others are the only ones expected to worsen.” (Daripada 15 ekonomi negara Asia yang dianalisis dalam laporan tersebut, Malaysia dan beberapa yang lain adalah satu-satunya yang dijangka bertambah buruk )
Sumber yang dirujuk kononnya adalah daripada World Bank : East Asia Pacific Economic Update, October 2017: Balancing Act

Jika merujuk kepada artikel itu, World Bank tidak pernah melaporkan 'Malaysia dan beberapa negara Asia lain adalah satu-satunya yang dijangka bertambah buruk). Yang dilaporkan dalam artikel itu ialah :

Thailand and Malaysia are expected to grow more rapidly than expected, due to the stronger exports, including tourism, for the former, and increased investment in the latter. (Thailand dan Malaysia dijangka berkembang pesat daripada yang dijangkakan, berikutan eksport yang lebih kukuh, termasuk pelancongan untuk (former) Thailand dan peningkatan pelaburan untuk (latter) Malaysia)
Jika Malaysia disebut oleh World Bank sebagai negara yang dijangka berkembang pesat daripada yang dijangkakan dan meningkat pelaburannya, kenyataan dalam portal tersebut tidak betul dan sangat tidak bertanggungjawab.

Lebih memalukan lagi apabila pembohongan portal pembangkang ini turut digunakan secara membuta-tuli oleh A. Kadir Jasin dalam blog beliau dan turut disiarkan dalam satu lagi portal pembangkang kaki spin, MalaysiaKini.

Memalukan!

Dan jika anda tertipu dengan propaganda jahat pembangkang dan mahu tahu yang sebenarnya tentang pandangan World Bank yang sebenarnya, kita boleh merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai di dalam web World Bank

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana