Tiba-tiba Sahaja Mahathir Jadi Pembohong, Pelupa...Ramai Plak Giler Giler Puja Madey Ni

INGATKAH semasa  program Nothing To Hide 2 di Shah Alam tempoh hari. Tun Dr. Mahathir Mohamad ditanya  soalan mudah sahaja oleh seorang anak muda. Adakah Anwar benar-benar pesalah peliwat negara ataupun Ketua Umum PKR itu hanya mangsa kerakusan politik bekas Perdana Menteri itu mempertahankan kuasanya pada 1990-an?

Sebaliknya Mahathir tidak beri jawapan soalan itu dan pusing cerita.

“Itu adalah perkara lama, kalau kita ungkit perkara lama," katanya.

Itulah sikap Mahathir sekarang. Jika semasa era pentadbirannya semua perkara dalam ingatannya. Hatta, kalau pinggan jatuhpun lah, pastinya lekat sampai bila-bila dalam kotak fikirannya.

Cuma yang hairan dan menimbulkan tanda tanya apabila ditanya tentang kerugian ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urusniaga forex yang mencecah sehingga RM32 bilion ditimbulkan oleh Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Mahathir boleh cakap tidak ingat.

Daim Zainuddin, yang menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1984 hingga Mac 1991 juga menyatakan ‘tidak tahu” apabila ditanya tentang angka kerugian urusniaga Forex itu  dipanggil menjadi saksi RCI Forex semalam.

Mereka berdua jadi pelupa, hairankan?

Semasa tidak menjadi Perdana Menteri, boleh pula tahu tentang laporan 1MDB. Masa berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, boleh lupa pula.

Kerugian BNM akibat urusniaga forex itu berlaku pada 1988 hingga 1994. Ini bermakna dalam tempoh tiga tahun hingga 1991, Daim tidak tahu menahu kerugian yang berlaku akibat urusniaga forex. Pelik bagi seorang Menteri Kewangan untuk tidak tahu apa yang sedang berlaku di BNM.

Perkara berkaitan 1MDB hanya melalui laporan Sarawak Report (SR), Mahathir sudah tahu serba serbi. Sanggup jumpa Claire Brown di London lagi pasal 1MDB.

Dan tiba-tiba sahaja, Mahathir sebut 1MDB hilang RM42 bilion entah dari mana angka itu datang.

Sekarang, setelah dipanggil sebagai saksi tentang kerugian RM32 billion, Mahathir boleh kata dia ‘tidak tahu”. Apakah motif sebenar Mahathir?

Tidak tahukah atau dia berbohong untuk selamatkan tengkuknya sendiri?

Siapa sebenarnya yang berbohong dalam hal ini? Angka rugi RM32 billion ini bukan diada-adakan.

Angka itu datang daripada laporan bertajuk Accounting Treatment of Losses Arising From Active Reserve Management 1998-1994, bertarikh 18 April 2007. Dan disebut juga oleh salah seorang saksi RCI Forex iaitu Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Mahathir oh! Mahathir.

Mengapa tiba-tiba anda jadi pembohong, pelupa?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana