SEBAGAI MENTERI KEWANGAN, DAIM TIDAK TAHU SKANDAL FOREX...HABIS JADI MENTERI BODOH LAH

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin memberitahu Suruhanjaya Siasatan Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an, beliau tidak mengetahui bahawa bank pusat itu terbabit dalam urus niaga mata wang asing.

Daim berkata, tidak ada sesiapa di BNM yang memberitahu atau memberikan taklimat kepadanya mengenai urus niaga mata wang asing ketika beliau bertugas sebagai Menteri Kewangan di antara Julai 1984 dan Mac 1991.

Saksi ke-23 Suruhanjaya Siasatan itu berkata, beliau tidak mengetahui atau diberitahu mengenai bentuk urus niaga mata wang asing dilaksanakan BNM pada tahun 1984 hingga 1990.

Katanya, beliau juga tidak diberitahu mengenai kerugian dialami bank pusat itu dalam urus niaga terbabit.

“Sebagai Menteri Kewangan dari Julai 1984 hingga Mac 1991, saya tidak mempunyai sebarang obligasi untuk memantau operasi/perjalanan BNM. BNM bebas dari segi kawalan dan operasi. Menteri Kewangan tidak mempunyai sebarang obligasi ke atas operasi BNM.

“BNM sebahagian daripada kerajaan tapi bebas dari segi operasi. Lembaga Pengarah BNM yang bertanggungjawab ke atas operasi BNM, ” katanya.

Menjawab soalan Pegawai Pengendali Datuk Suhaimi Ibrahim, Daim berkata, jika beliau mengetahui mengenai urus niaga berkenaan, beliau tidak akan biarkan kerugian itu berlaku.

Keterangan saksi itu menimbulkan persoalan kepada ahli Suruhanjaya Siasatan terutama Pengerusi Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Mohd Sidek mempersoalmengapa Daim tidak mengambil tanggungjawab sebagai seorang menteri ketika itu sedangkan peruntukan Ordinan Bank Pusat turut menggunakan perkataan mandatori bahawa seseorang menteri kewangan hendaklah diberitahu mengenai urusan perjalanan bank pusat berkenaan.

“Hairan ya, orang ketiga dalam Audit Negara pun tahu mengenai perkara ini dan mengambil langkah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Tetapi dalam kes anda (Daim), kamu tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu lah ya?” kata Mohd Sidek.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana