Ratusan warga Singapura bantah pelantikan Halimah

SINGAPURA 16 Sept. - Ratusan warga Singapura mengadakan bantahan berhubung kemenangan mudah Presiden wanita pertama negara itu, Halimah Yaacob pada pilihan raya lalu.

Halimah dilantik secara rasmi semalam selepas dua pesaingnya tidak layak untuk bertanding.

Bantahan itu susulan kemarahan rakyat negara itu di media sosial, yang mereka sifatkan kemenagan Halimah seperti ‘disengajakan’.

Seorang aktivis sosial, Gilbert Goh, yang menganjurkan bantahan tersebut berkata, mereka mahu menunjukkan rasa dikhianati selepas tidak diberi peluang untuk mengundi calon pilihan.

“Kami tidak menentang Presiden...kami menentang sistem. Kami menentang proses yang menghalang hak kami untuk mengundi,” ujar Goh selepas bantahan itu. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana