PKR Kelantan bergolak lagi. PKR Kelantan serah memo, desak pengerusi dipecat

Krisis kepimpinan PKR Kelantan terus memuncak apabila gerakan akar umbi parti itu menyerahkan memorandum yang ditandatangan majoriti ahli supaya Ab Aziz Ab Kadir melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri.

Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu, Ahmad Syauqey Abdul Ghani yang mengetuai gerakan itu berkata memorandum itu diserahkan kepada pucuk pimpinan pusat untuk disampaikan kepada Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Gerakan itu juga mendesak Wan Azizah membuat keputusan segera sekaligus membersihkan pemimpin kurang memberi kesan memajukan parti dan dilihat mesra PAS.

“Kita sudah serah memorandum supaya (Aziz ditukar) pada majlis Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan melalui Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin pada 25 Ogos, kemudian kita buat satu lagi kiriman kepada seorang pemimpin yang rapat dengan presiden.

“Sekarang kita beri kepercayaan kepada pucuk pimpinan pusat membuat keputusan terbaik sekalipun mengekalkan Aziz, kita menerima keputusan itu secara terbuka.

“Bagaimanapun kita menaruh harapan tinggi kepada parti untuk mendengar desakan kami dan sokongan dari akar umbi cukup kuat untuk mendesak Aziz meletak jawatan,” katanya kepada FMT.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana