Pengasas dan Naib Presiden pula keluar parti !!

Apa sudah jadi dengan PPBM? Semakin hari semakin dilanda masalah, tetapi nampak gayanya Presiden PPBM Muhyiddin Yassin tidak mengambil kisah langsung tentang kemelut yang melanda dalaman Parti Bersatu ini.

Semalam kita mendengar desas desus, pengasas PPBM Anina Saadudin telah keluar parti PPBM, tetapi hari ni, Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman telah meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa hari ini juga.

Apakah yang terjadi sebenarnya kepada Wanita PPBM ini ? adakah mereka baru tersedar mereka hanyalah dijadikan "Kambing Hitam" dan boneka didalam parti tersebut.

Mungkin Anina dan Datuk Hamidah telah membuat keputusan yang betul dengan meninggalkan parti kroni dan anak beranak itu, tetapi ada juga penyokong Mahathir berang dengan tindakan mereka keluar parti.

Mereka berdua juga perlu diingatkan, jangan bermimpi untuk duduk bersama Parti melayu UMNO, mereka pernah khianat UMNO, mereka pernah mengeji UMNO, mereka pernah menghina Pemimpin dan Presiden UMNO dan mereka tidak layak untuk kembali bersama UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana