Pembangkang kini umpama retak menanti belah...

Kapal pembangkang yang dikemudi tiga nakhoda memberi gambaran jelas adanya masalah dalaman serius dan mungkin tidak bertahan lama ekoran beberapa ahlinya bertindak keluar parti.

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berkata senario yang melanda parti pembangkang itu umpama retak menanti belah.

"Penyertaan semula Tan Sri Muhammad Muhd Taib sememangnya memberi tamparan hebat buat pihak pembangkang yang sehari sebelum itu dikejutkan dengan keluarnya pengasas PPBM iaitu Anina Saadudin dan diikuti pula oleh Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman," katanya yang juga merupakan Ahli Dewn Undangan (Adun) Sungai Panjang.

Tambah Budiman, ternyata slogan rakyat yang dibawa pembangkang hanyalah helah semata-mata kerana Mat Taib sendiri memperakui keputusannya untuk menyertai semula UMNO dibuat setelah menyedari tidak dapat meneruskan perjuangan agenda Melayu.

"Beliau mengatakan perjuangannya selama bersama pembanngkang merupakan sesuatu yang sia-sia kerana tidak meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama," katanya.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang penyertaan semula Mat Taib setelah keluat menyertai PAS pada 2013 dan menyertai PKR pada 2015.

Budiman tidak menolak pengalaman lias yang dimiliki Mat Taib dalam UMNO mampu membantu parti menghadappi PRU14 khususnya bagi negeri Selangor.

"Kelebihan beliau yang mengetahui tentang buruk baik pembangkang menjadi kelebihan buat UMNO bagi menghadapi PRU akan datang," katanya

Sehari sebelum pengumuman ini dibuat, pelbagai  tanda tanya yang timbul di kalangan ahli UMNO malah menimbulkan keluh kesah pihak pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana