MAHATHIR UNGKIT SEMULA ISU KAFIR MENGKAFIR SERANG PAS...APA HAL MADEK NI BUANG TABIAT KOT

Mahatahir menuduh dan memfitnah PAS sebagai pemecahbelahkan pakatan pembangkang disifatkan sebagai satu dakwaan yang sangat kelakar. Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata tuduhan PAS itu tercetus berikutan dendan Mahathir kepada PAS sejak dari dulu lagi.

Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, Mahathir memfitnah PAS kononnya PAS pemecahbelahkan orang Melayu dan sekarang siapa pula yang menjadi pemecahbelah orang kalau bukan Mahathir sehingga sanggup bersengkongkol dengan DAP yang dulunya adalah musuh ketat Mahathir sendiri.

Mahathir memfitnah PAS kerana beliau gagal menarik keluar orang PAS masuk ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Mahathir tidak berpuas hati apabila rundingan dan perjanjian antara partinya PPBM dan PAS untuk bekerjasama sama sekali tidak berjaya.
Mahathir juga sedar PAS mempunyai jentera yang sangat kuat di kalangan pembangkang. Jika PAS tiada dalam Pakatan Harapan, jentera siapa yang akan membantu PPBM. Mahathir hanya berharap kepada PAS satu-satunya parti yang boleh beliau bekerjasama.

Mahathir tidak mahu partinya PPBM lemah kerana kalau kita mahu bandingkan jentera parti PKR sangat kuat dibandingkan dengan parti baru Mahathir PPBM a.k.a Parti Bunga. Jentera PKR juga sudah otai dan berpengalaman dan sudah pasti mereka akan menggunakan kekuatan yang ada pada parti mereka untuk memakin hamun Mahafiraun itu kerana dendam lama mereka. Mereka pastinya akan sabotaj dan boikot jika PPBM bertanding. Silap-silap mereka kenakan Mahathir dan partinya itu.

Mahathir hanya berharap dengan PAS, atas sebab itulah Mahathir mahu berkawan dan menjalinkan hubungan kerjasama dengan PAS. Mahathir mahu mempergunakan jentera PAS untuk kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Tetapi harapan itu berkecai dengan begitu sahaja.

PAS tetap dengan pendirian mereka mahu bertanding sendiri di semua tempat termasuklah dalam kawasan yang menjadi PPBM. Mahathir tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya mampu tengok dan lihat. Dan sebab itulah Mahathir membuka langkah dan memasang strategi untuk menyerang PAS habis-habisan.
Mahathir akan mengungkit semula perangai perangai PAS yang dulunya suka mengkafirkan orang Melayu Islam yang lain yang mana tidak sebulu dengan perjuangan mereka yang pada ketika itu memperjuangkan agama Islam.

Mahathir memfitnah PAS kononnya dalam usaha PAS untuk mendapat sokongan mereka sanggup mengkafir orang Melayu yang tidak menyertai parti PAS. Dengan ini gejala sosial menimpa keluarga Melayu kerana ada ahli PAS yang mengkafir ibubapa mereka dan menganggap perkahwinan mereka tidak sah. Sehingga ke hari ini pun ada tempat di mana orang Melayu tidak sembahyang bersama"
Ini semuanya adalah taktik Mahathir yang berang, marah dengan PAS yang enggan dan tidak mahu bekerjasama dengan PPBM.

Dengan sokongan kuat satu parti Melayu yang besar sahaja sesebuah parti di Malaysia ini akan berjaya sekurang-kurangnya menang banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU). Mahathir yakin dengan PAS, PAS boleh menang lebih besar jika dibandingkan dengan PPBM dan prestasi PAS jauh lebih baik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Kesimpulannya, selepas ini Mahathir sudah pasti akan terus menerus melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap PAS kerana dendam Mahathir yang tiada kesudahan. Lebih-lebih lagi Mahathir adalah seorang yang pendendam, sukar untuk memaafkan, beliau sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda politik dan kepentingan peribadi beliau sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana