Di RCI forex... Mahathir buat perangai kebudak-budakan

Seperti diduga, Tun Mahathir Mohamed menggunakan kesempatan bercakap di Suruhanjaya DiRaja mengenai Urusniaga Matawang Asing (RCI) di Istana Keadilan, Isnin dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta pengerusi panel, Tan Sri Sidek Hassan serta beberapa invididu lain mengatur penubuhan RCI.

Tidak cukup dengan itu, Mahathir turut mempersalahkan Timbalan Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak, serta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang masing-masing kononnya turut memainkan peranan penubuhan RCI.

Mahathir juga berperangai kebudak-budakkan bila dia turut menyebut isu-isu yang tidak relevan dengan kes RCI seperti ketiadaan gambarnya dalam buku teks sekolah, serta latar belakang set Buletin Utama TV3 yang tiada gambar Menara Berkembar Petronas dan KLCC. Dia juga membangkitkan nama gambarnya tiada semasa persembahan Majlis Penutup Sukan SEA.

"Tujuan utama kerajaan sekarang ini menubuhkan RCI adalah semata-mata untuk memberi tekanan kepada saya, Anwar Ibrahim dan pengkritik-pengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung dengan kritikan kami berkaitan skandal 1MDB serta permasalahan lain yang dihadapi rakyat dan negara.

"Najib Razak telah cuba membangkitkan pelbagai isu yang tidak relevan dalam usahanya untuk kononnya mencacatkan kredibiliti saya semata-mata untuk menutup dan mengalihkan pandangan rakyat Malaysia daripada kemelut yang dihadapinya.

"Kerajaan sekarang ini sebenarnya berhasrat mengalih perhatian rakyat Malaysia daripada kemelut imej negatif yang dialami oleh kepimpinan Najib yang kononnya sudah menjadi bahan ketawa satu dunia," katanya.

Apapun, apa yang memusykilkan ialah dalam prosiding RCI itu, Mahathir mendakwa dia tidak tahu dan tidak dimaklumkan tentang kerugian lebih RM30 billion yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akibat urusniaga mata wang asing pada awal 1990an ketika dia menjadi Perdana Menteri.

Mahathir ketika membacakan keterangan bertulis mendakwa jumlah itu tidak dilaporkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Anwar Ibrahim dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert dalam perjumpaan di Pejabat Perdana Menteri pada 1993.

"Saya tidak ingat angka RM30 billion disebut. Apa yang saya ingat ialah angka dalam lingkungan RM5 billion yang disebut," katanya.

Mahathir mendakwa, sebagai Perdana Menteri ketika itu, dia tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencampuri polisi, urusan dan pentadbiran BNM.

"Saya tiada pengetahuan peribadi berhubung cara ataupun butiran keuntungan atau kerugian terperinci mana-mana urusniaga mata wang asing yang dijalankan oleh BNM semasa menjadi Perdana Menteri," katanya.

Mahathir memberitahu panel dia melantik Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada tahun 1998 sebagai anggota dalam satu jawatankuasa kecil untuk menangani krisis ekonomi pada ketika itu.

"Mohamed Yakcop kemudiannya telah membantu dalam membaikpulih ekonomi dan memulihara mata wang Ringgit dalan krisis ekonomi 1998 yang saya percaya telah menyelamatkan Malaysia daripada kerugian beratus billion Ringgit," katanya.

Terdahulu, Tun Daim Zainuddin yang memberi keterangan sebelum Mahathir, memberitahu panel RCI bahawa ketika dia menjadi Menteri Kewangan dari Julai 1984 hingga Mac 1991, dia tidak mempunyai sebarang obligasi untuk memantau operasi BNM.

Katanya Gabenor BNM ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussien memberi taklimat kepadanya sebagai Menteri Kewangan setiap tahun sebelum pembentangan belanjawan di parlimen.

Katanya sepanjang tempohnya sebagai Menteri Kewangan dia juga tidak mentaklimatkan Perdana Menteri dari semasa ke semasa mengenai operasi BNM.

Dia juga sepanjang tempoh itu tidak mentaklimatkan Jemaah Menteri dari semasa ke semasa mengenai operasi BNM. Katanya jemaah Menteri hanya menerima Penyataan Kewangan Tahunnan BNM yang telah diaudit.

Daim mendakwa sewaktu bertugas sebagai Menteri Kewangan dia juga tidak tahu BNM terlibat dalam urusniaga Forex.

"Tiada sesiapa di BNM memberitahu atau mentaklimatkan saya mengenai urusniaga Forex yang dijalankan oleh BNM dari 1984 hingga 1990," katanya.

Daim juga mendakwa dia juga tidak tahu atau diberitahu mengenai kerugian yang dialami oleh BNM dalam urusniaga Forex pada 1988 dan 1989.

"Saya tidak tahu mengenai kerugian berjumlah RM772.3 juta pada tahun 1988 dan RM2.259 billion pada tahin 1989 yang dialami oleh BNM akibat urusniaga Forex.

Daim menjelaskan dia juga tidak tahu sama ada terdapat sebarang perubahan dalam polisi BNM berhubung urusniaga Forex mulai 1988.

"Saya tak tahu siapa yang bertanggungjawab melaksanakan urusniaga Forex di BNM pada 1984 hingga 1991, " katanya.

Daim juga mendakwa, Tan Sri Jaffar Hussein sebagai Gabenor BNM pada ketika itu tidak pernah mengadakan perbincangan dengannya sama ada sebagai Menteri Kewangan pada ketika itu atau selepas itu mengenai urusniaga Forex yang dijalankan oleh BNM.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana