DAP kini berjuang di bawah pengaruh alkohol ke?

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh salah seorang pemimpin pusat PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada DAP.

Ia berikutan beberapa pemimpin DAP dan PKR bertegas supaya penganjuran pesta arak di ibu negara dibenarkan.

Nik Mohamad Abduh seterusnya menyifatkan sikap yang ditunjukkan pemimpin pembangkang tersebut sebagai memalukan Malaysia.

“Bikin malu agama, bangsa dan negara je..,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Pemimpin Pakatan Harapan di ibu negara semalam membidas langkah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017.

Empat anggota parlimen DAP dan seorang PKR mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyelar keras pihak berkuasa tempatan itu.

“Kami rasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba alih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Datuk Dr Tan Kee Kong (PKR-Wangsa Maju) dan Lim Lip Eng (Segambut).

Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad dianggotai DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).

DBKL dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2 petang hingga 11 malam.

Sekiranya pihak penganjur meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran DBKL, tindakan lanjut mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada akan diambil," kata kenyataan itu.

Penganjuran pesta itu sebelum ini dibantah keras oleh PAS yang turut menggesa para mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana