Bekas duta sahkan Mahathir lobi berjuta ringgit jumpa Bush

Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald J Trump seharusnya menjadi sesuatu yang diterima baik rakyat, bukannya diperkecilkan, kata bekas duta besar Malaysia ke Amerika Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Awang Adek berkata sebagai bekas duta negara ke Amerika, beliau terpanggil mengulas mengenai lawatan berkenaan yang diperkecil-kecilkan sesetengah pihak sebaliknya menyifatkannya ia sebagai satu penghormatan serta bukti Malaysia sebuah negara kecil yang dipandang tinggi kuasa besar dunia itu.

“Pengalaman saya semasa bertugas di Washington DC, nama Malaysia sentiasa mendapat tempat dan pandangan dunia termasuk Amerika.

“Malaysia dilihat sebagai negara berprinsip dan bebas menyuarakan sebarang pandangan.  Sebab itu negara besar lain juga mahu mendapatkan pandangan Malaysia.

“Ini bukti Malaysia ada tempat di negara-negara di dunia ini, maka jemputan tersebut adalah suatu penghargaan,” katanya pada satu sidang media di sini.

Awang Adek berkata jemputan Trump menunjukkan Malaysia merupakan sebuah negara penting yang dihormati termasuk berhubung pendirian Malaysia dalam memerangi keganasan dan kelantangan mengenai isu kemanusiaan melibatkan etnik Rohingya di Myanmar.

Ia terbukti apabila dalam lawatan berkenaan, semua isu tersebut merupakan antara isu yang dibincangkan dalam pertemuan Najib dan Trump selain delegasi negara mendapat layanan istimewa daripada presiden berkenaan, katanya.

Najib mengadakan lawatan kerja ke Washington DC mulai 11 hingga 13 September.

Pembangkang dan pihak tidak bertanggungjawab telah melemparkan pelbagai tohmahan dan dakwaan palsu berhubung lawatan tersebut termasuk mengenai status lawatan tersebut.

Awang Adek yang menjadi duta besar Malaysia ke Amerika pada 2014 hingga 2016 berkata, pada era pemerintahan Najib, Malaysia menerima dua kali lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama iaitu pada 2014 dan 2015 dan ini menunjukkan Amerika mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh dengan negara ini.

Katanya lawatan terakhir Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia sebelum itu adalah 46 tahun lalu iaitu lawatan oleh Presiden Lyndon Baines Johnson.

Awang Adek juga menegaskan bahawa lawatan Obama dan jemputan Trump baru-baru ini tidak didalangi oleh sebarang usaha melobi.

Awang Adek turut mengesahkan kenyataan Najib bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah melobi jutaan ringgit untuk bertemu Presiden George W.Bush pada tahun 2002.

“Saya ingin mengesahkan mempunyai maklumat bahawa PM yang dulu (Tun Mahathir) ada melobi untuk mendapatkan perjumpaan dengan Presiden Bush.

Saya tidak ingat berapa jumlahnya tetapi jutaan RM, saya dapat maklumat daripada rakan-rakan saya, tetapi saya tidak mahu mengulangi nama mereka yang telah meninggal dunia,” katanya.

Najib sebelum ini menempelak Dr Mahathir sebagai hipokrit kerana melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadapnya sedangkan bekas perdana menteri itu sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit untuk bertemu bekas presiden Amerika Syarikat pada 2002.

Anak lelaki allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dilaporkan berkata ayahnya pernah membantu Dr Mahathir mengatur pertemuan dengan Bush di White House dengan membayar jutaan ringgit pada Mei 2002.

Dalam pada itu, Awang Adek ketika mengulas mengenai pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menyifatkan pelaburan berkenaan sebagai wajar namun ia dipolemikkan sehingga mendapat pandangan buruk rakyat.

“KWSP melabur di luar negara untuk mendapat pulangan lebih tinggi, tindakan KWSP adalah baik.

“Sebagai pelabur kita perlu melihat negara yang boleh membawa pulangan lebih baik, apa salahnya melabur di Amerika?

“Jika pulangan pelaburan di negara lain juga baik, kita juga akan pergi (melabur) ke negara lain,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana