Banjir Di Pulau Pinang Salah Kerajaan Persekutuan?

Ribuan pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakan lalu lintas selepas banjir melanda beberapa kawasan di Bayan Baru dan Sungai Ara, Pulau Pinang pada Jumaat.

Antara kawasan yang terjejas adalah sepanjang laluan kawasan zon perdagangan percuma di Bayan Lepas, Paya Terubong dan Bandar Baru Air Itam.

Kawasan itu dilanda banjir susulan hujan turun sejak pukul 3 pagi menyebabkan air di dalam longkang melimpah keluar.

Falsafah politik Ketua Menteri Lim Guan Eng, ‘tiada hujan, tiada banjir’ kali ini nampak gayanya gagal meyakinkan rakyat Pulau Pinang apabila rata-rata pengguna sosial media mengkritik kerajaan negeri DAP ini.

Banjir kali ini adalah bukti kepada kegagalan kerajaan negeri dalam membangunkan negeri Pulau Pinang secara mapan.

Benarkah banjir di Pulau Pinang ini salah kerajaan persekutuan Barisan Nasional kerana tidak memberikan peruntukkan mencukupi bagi menjalankan projek mitigasi banjir? Lihat fakta berikut dan anda rumuskan sendiri!

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng ini memiliki keupayaan untuk membayar RM6.34 bilion untuk projek terowong dasar laut yang tidak mendapat sokongan daripada rakyat Pulau Pinang itu sendiri.

Membayar RM305 juta hanya untuk penyediaan laporan kajian projek terowong dasar laut.
Memperuntukkan RM7.5 bilion untuk membina 19.5 kilometer lebuh raya dengan kos anggaran RM385 juta per kilometer.

RM400 juta untuk pembinaan jalan 8 lorong di Gurney Drive Lebih kurang RM300 juta untuk projek Gurney Wharf Park RM46 bilion untuk projek pengangkutan Pulau Pinang yang dilaksanakan melalui pinjaman dengan negara China.

NGO Penang Forum yang mewakili hampir 40 NGO di Pulau Pinang berpendapat bahawa projek ini terlalu tinggi kosnya dan berkemungkinan untuk negeri Pulau Pinang muflis juga tidak boleh dinafikan.

Dianggarkan kerajaan negeri pimpinan DAP ini telah menjual RM12 bilion tanah dan asset negeri yang dikatakan untuk menampung kos perbelanjaan operasi negeri yang meningkat hampir 500% daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM1.45 bilion pada tahun 2017
Tahukah anda berapa juta yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk projek mitigasi banjir? Hanya RM100 juta dalam tempoh 9 tahun atau dalam erti kata lain, RM10 juta sahaja untuk setiap tahun.

Lalu, menuding jari menyalahkan kerajaan persekutuan Barisan Nasional kononnya tidak memberikan peruntukkan yang mencukupi untuk projek mitigasi banjir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana