APA MOTIF NAK BUAT FESTIVAL ARAK TU? TANYA IBRAHIM KEPADA DAP....INI WAYANG HABIS KAU SALAM DENGAN LIM APA HAL?

Datuk Ibrahim Ali berkata DAP cuba menunjukkan mereka “jaguh” memperjuangkan agenda orang bukan Islam dalam berdepan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang pembatalan festival “Better Beer” 2017.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata DAP biadap kerana mempertikaikan tindakan DBKL menolak permohonan permit penganjur semalam selepas PAS menyuarakan bantahan kepada penganjuran festival arak itu.

DAP, bersama seorang ahli Parlimen PKR Tan Kee Kwong, dalam satu kenyataan bersama semalam terkejut dan kesal dengan tindakan DBKL yang dilihat cuba melencong daripada tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dengan bertindak seperti “jaguh agama”.

“Memang kita akui sikap keterbukaan dan kebebasan tetapi harus diingatkan negara Malaysia majoriti Islam. Jangan tuduh (PBT) jalankan tugas membabi buta kerana kepentingan politik,” kata Ibrahim Ali pada sidang media di ibu pejabat Perkasa hari ini.

“DAP nak tunjuk dia juara perjuangkan orang bukan Islam. Masih lagi nak persoalkan itu dan ini, konon tak salah undang-undang.”

Semalam, Ahli Parlimen Tan Kok Wai, Teresa Kok, Fong Kui Lun dan Lim Lip Eng berkata tindakan DBKL tidak bertimbang rasa, mengabaikan semangat muhibah dan tunduk kepada permainan politik, dan menyeru keputusan menolak permohonan permit festival arak yang dijadualkan 6-7 Oktober depan di Solaris Dutamas dikaji semula.

Penganjur, MyBeer Malaysia, semasa mengesahkan pembatalan acara itu berkata pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan mereka membatalkan acara itu kerana isu pelesenan dan keputusan itu dibuat “disebabkan sensitiviti politik berhubung acara itu”.

Ibrahim bagaimanapun berkata DAP tidak sepatutnya menyerang DBKL kerana arak membawa banyak keburukan.

“Apa motif nak buat festival arak itu? Kalau (minum) terlalu banyak akan tersasar seperti boleh menyebabkan perkara buruk seperti kemalangan atau pergaduhan.

“Keputusan DBKL masuk akal dan saya pelik kenapa DAP pertahan macam nak hilang nyawa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana