YANG INI PALING LAWAK.....PKR DAN PAS MUNGKIN AKAN BERBAIK SEMULA...

Bila sudah terdesak nak meraih undi baru nak cari PAS...Kan MADEY ada tu kenapa tak percaya kepada penyokong MADEY ker?Nampak sangatlah PKR mahukan PAS untuk meraih undi atau tahu PH akan kalah teruk pada PRU akan datang tanpa PAS.
Jangan mimpi lah PAS nak berbaik dengan PKR....jika PKR bersama sama dengan DAP,PAN dan DAP.PKR tak boleh dibuat rakan seperjuangan...sebabnya Presiden PAS disaman oleh Ahli PKR.Masih ingat lagi Tahun lepas Presiden PAS Hadir di Mahkamah...tiada wakil PKR atau pemimpinan PKR yang menghalang menyaman presiden PAS...hanya biar begitu saja.PAS jangan biarkan begitu saja selok belok mainan politik PKR hanya mahukan kuasa saja....

PKR tidak menolak kemungkinan parti itu akan kembali bekerjasama dengan PAS dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sungguhpun tahaluf siyasi antara keduanya sudah terputus secara rasmi tiga bulan lalu, namun apa yang penting adalah keduanya berkongsi matlamat untuk menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN).

“Memang objektif kita adalah menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Kalau ada apa-apa yang boleh membantu kita ke arah itu, kita akan cuba,” katanya dipetik Free Malaysia Today (FMT).

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, ruang perbincangan masih terbuka dan terbukti apabila arahan letak jawatan terhadap lantikan politik PKR dalam pentadbiran Kelantan yang dikuasai PAS, diubah setelah perbincangan dilakukan.

“Bila kita berkomunikasi, Menteri Besar Kelantan sendiri katakan masih perlu untuk kerjasama dengan PKR. Jadi kita okay, kalau mana yang dikekalkan, maka ia diteruskan,” katanya ringkas.

Semalam, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata mesyuarat Biro Politik Pusat yang diadakan malam Selasa lalu yang turut dihadiri pimpinan parti negeri itu mengambil ketetapan sedemikian selepas mengambilkira senario terkini di negeri berkenaan.

Abdul Aziz menambah ketetapan itu juga rentetan pendirian menteri besar negeri itu yang menyatakan kerajaan negeri pimpinan PAS itu masih memerlukan kerjasama dengan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana