Video Boo Terhadap Datin Seri Rosmah Adalah Palsu

Betapa jahatnya tindakan sesetengah pihak yang dipercayai memihak kepada pembangkang yang tergamak memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan diboo ketika Majlis Persandingan Diraja Johor, Tunku Aminah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad.

Adalah tidak logik menyatakan bahawa beliau diboo di majlis diraja kerana sudah pasti tidak ada keluarga ataupun orang biasa dijemput ke majlis berkenaan apatah lagi kanak-kanak.

Nampak jelas, ia adalah rakaman siaran langsung majlis perkahwinan puteri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan mereka yang bergelak ketawa dan mengejek Rosmah adalah di lokasi lain dan bukannya di majlis berkenaan.

Begitulah penyokong pembangkang dan Pakatan Harapan (PH) apabila sudah kegersangan idea hendak menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka menjadikan Rosmah sebagai mangsa.

Sebelum ini, apabila isu berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dapat sambutan, pembangkang serang Rosmah dengan memfitnah beliau berkaitan cincin bernilai RM24 juta oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan kemudian dia sendiri mengaku dia berseloroh memfitnah beliau.

Kemudian, Pengerusi PPBM, Mahathir Mohamad pula ada mengejek Rosmah dengan memperlekehkan beliau dengan memainkan isu peribadi isteri Perdana Menteri.

Tindakan individu yang membuat cerita palsu berkaitan Rosmah adalah memalukan.

Jelas, tindakan itu adalah untuk memalukan Rosmah di khalayak ramai pada saat ketika pembangkang sedang tersepit dengan pelbagai isu.

Kerja politik mereka ini masih belum ada yang nampak benar-benar untuk rakyat. Apa yang banyak ialah mereka buat tuduhan jahat dan buat fitnah ke atas kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya untuk kepentingan politik mereka. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana