UMNO - BN SELANGOR KUTUK KERAS TUDUHAN AZMIN

Tuduhan kononnya kekecohan program Nothing To Hide 2.0 didalangi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tidak berasas dan melampau.

Timbalan Pengerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menegaskan tuduhan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu adalah melulu dan tidak bertanggungjawab.

“UMNO dan BN Selangor mengutuk tuduhan tidak berasas Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR itu kononnya Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan jenayah ekoran kekecohan yang berlaku pada forum Nothing To Hide 2.0 semalam.

“Atas dasar dan bukti apa tuduhan berkenaan dilontar kepada Perdana Menteri yang tidak menyatakan komitmen pun sebelum ini untuk menghadiri forum anjuran sayap Armada Pribumi berkenaan,” selar Mat Nadzari.

ADUN Batang Kali itu berkata demikian pada satu kenyataan yang dikeluarkan, pada Isnin.

Menurut Mat Nadzari, tuduhan Azmin itu menunjukkan sifat terdesak Timbalan Presiden PKR itu dalam usaha menutup segala kelemahan yang wujud dalam PH sejak disertai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana kata Mat Nadzari, sejak Pengerusi PPBM itu berdamping dengan bekas seteru politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ramai penyokong pembangkang termasuk mereka yang menyokong gerakan Reformasi sebelum ini hilang arah dan prinsip politik.

“Ramai penyokong pembangkang dan gerakan Reformasi tidak merestui keputusan yang dicapai untuk berdamai dengan Dr Mahathir.

“Bagi mereka, tindakan Dr Mahathir yang cuba membunuh karier politik Datuk Seri Anwar sebelum ini tidak boleh dimaafkan sehingga menggelarkan veteran politik itu dengan pelbagai gelaran seperti Mahafiruan dan Mahazalim,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, penganjur harus dipersalahkan kerana berkompromi dengan aspek keselamatan semua pihak yang menghadiri forum berkenaan.

“Bagaimana suar api boleh dibawa masuk ke dalam dewan? Mengapa perjalanan forum termasuk ketika sesi soal jawab tidak dikawal dan kelihatan insiden terpekik, terjerit dan beremosi mengambil tempat?

“Kemungkinan insiden berkenaan sengaja direka atau ia merupakan lakonan bagi memburukkan parti lawan mereka selain sebagai provokasi seumpamanya bagi menutup gambaran sebenar kegagalan forum berkenaan yang jelas banyak soalan yang dikemukakan peserta tidak dijawab sepenuhnya,” katanya lagi.

Bagaimanapun menurut Mat Nadzari, UMNO dan BN Selangor menolak sebarang bentuk keganasan selain menyokong penuh hak mengamalkan demokrasi, namun tindakan pemimpin pembangkang yang sering menuding jari mencari salah orang lain ketika berdepan isu yang memakan diri mereka dikutuk sekeras-kerasnya.

“UMNO dan BN Selangor akan terus melakukan politik matang dan percaya kebenaran akhirnya akan muncul di sebalik fitnah dan tohmahan yang dilempar,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana