TAK PAYAH GADUH-GADUH, SOAL 1MDB SEMUA ARUL KANDA BOLEH JAWAB, MAHATHIR SAJA TAKNAK JUMPA

INSIDEN memalukan Mahathir dan PPBM di Shah Alam semasa program Nothing To Hide 2.0 dilangsungkan Ahad lepas, sebenarnya boleh dielakkan kalau Mahathir ini bijak.  Soal 1MDB ini dan semua isu yang melingkarinya boleh diselesaikan kalau Mahathir jumpa Arul Kanda dan bertanya semua persoalan dalam benaknya.

Mudah kan?  Kenapa Mahathir taknak jumpa Arul Kanda atau kalau rasa keturunan Kutty tu terlalu tinggi untuk orang seperti Mahathir berjumpa Arul, panggil saja Arul datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan menjelaskan semua yang Mahathr ingin tahu pasal 1MDB.  Lagioun kedua mereka berkongsi asal usul yang sama apa.

Arul boleh menjawab semua persoalan Mahathir.  Kenapa bayar kepada Abrar, tidak kepada IPIC, kenapa beli IPP harga sekian-sekian, kenapa melabur di Virgin Island dan sebagainya, semua ini Arul Kanda boleh terangkan seperti mana beliau menerangkan kepada PAS dan Khalid Ibrahim baru-baru ini.

Ternyata selepas dijelaskan oleh Arul, semua pihak faham.  Kalau Ahli Parlimen PAS mungkin bodoh ekonomi pada pandangan Pakatan, bagaimana pulak dengan Khalid Ibrahim?  Khalid bodoh politik, sebab itu dia mudah digantikan dengan Azmin tapi bukan bisnes dan ekonomi.  Jangan main-main dengan Khalid bab ekonomi dan Mahathir tentu tahu kebolehan Khalid.

Maka itu kesimpulannya Mahathir sengaja memanjangkan perkara ini sebab dia ada agenda tersendiri.  Dia nak jatuhkan Datuk Sri Najib Tun Razak untuk jadikan dirinya sebagai Perdana Menteri semula.  Sebab itu Mahathir menghantar orang-orangnya ke beberapa negara luar dan membuat laporan tentang 1MDB.  Bila laporan itu disiasat, Mahathir menipu rakyat Malaysia kononnya kes 1MDB ini telah mencemarkan nama Malaysia di seluruh dunia.

Padahal. siasatan itu adalah hasil laporan yang dibuat orang Mahathir.

Maka tak hairan Allah swt menunjukkan kuasaNYA pada Ahad lepas dengan menggagalkan program Mahathir untuk menghasut rakyat dan dalam masa yang sama memburukkan Perdana Menteri.  Melainkan Mahathir sendiri bercakap pasal 1MDB, tidak ada siapa yang bertanyakan soalan mengenai syarikat itu kepada Mahathir.  Soalan, semuanya berkisar dosa-dosa Mahathir dulu, itu pun Mahathir gagal menjawabnya, terpaksa budak-budak dia mencetuskan kekacauan seperti di dakwa banyak pihak.

Itu saja ceritanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana