Slogan 'Tiada Tertinggal,Tiada Terpinggir' tarik perhatian..

Slogan yang dipopularkan Menteri Besar Perak sejak menjawat jawatan itu 'tiada tertinggal,tiada terpinggir' benar-benar berkesan.

Selain rakyat negeri memperoleh menafaat melalui program bantuan yang dihulurkan tanpa memilih kelas dan warna kulit, ia turut mendapat perhatian pemimpin dari luar Perak.

Hal ini didedahkan Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak kepada media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Lumut pada Ahad, dalam satu sidang media.

Katanya beliau tertarik dengan slogan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memperkenalkan konsep 'tiada tertinggal, tiada terpinggir'

Katanya, slogan itu  bukanlah sekadar slogan kosong kerana Menteri Besar itu terbukti memainkan peranan penting dalam mencari inisiatif di samping membawa banyak projek pembangunan demi kepentingan rakyat negeri ini.

``Beliau (Zambry) melakukan banyak perkara untuk orang-orang Perak, tindakannya lebih kuat daripada kata-kata. Dia juga memiliki ciri-ciri personaliti yang positif, berpendidikan tinggi, dan mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik.

`Pada saya, itu kunci segala-galanya yang harus kita lakukan sepertimana yang dilakukan MB (Zambry), bukan hanya turun padang, tapi cuba mengurus padang menyelesaikan masalah, mendengar masalah dan mencari jalan untuk mengatasinya kerana rakyat mahu kepimpinan seperti itu.

Salleh berkata, beliau amat yakin rakyat Perak akan terus memberikan sokongan jitu kepada Zambry untuk mengekalkan kerajaan BN pada PRU ke 14 nanti.

Dalam ucapannya, beliau yang juga Bendahari Agung UMNO berkata UMNO dan BN perlu menangani lapan kriteria utama bagi memastikan kedudukannya lebih mantap untuk memenangi PRU ke-14.

Katanya parti yang berupaya menguruskan isu dalaman, imej, persepsi dan media sosial akan berada dalam kedudukan lebih kuat untuk memenangi PRU14.

``Lapan kriteria ini menentukan parti mana yang boleh menang dalam setiap pilihan raya.. berikan perhatian khusus kepada kriteria-kriteria ini dan semua ini perlu diurus dengan baik,’’ katanya.

Beliau berucap merasmikan sidang Perwakilan UMNO Bahagian Lumut. Turut hadir, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Salleh seterusnya berkata, adalah amat penting bagi UMNO dan komponen BN  menguruskan isu yang terbahagi kepada peringkat nasional, negeri dan tempatan.

`Kita kena bezakan isu ini dan terserahlah kepada UMNO negeri untuk tanganinya kerana sekarang ini kita hidup dalam dunia yang berbeza," katanya.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia seterusnya  berkata, media sosial masa kini memainkan peranan dalam kehidupan harian dan adalah penting bagi memeriksanya secara berimbang selain perlu rasional dalam membuat pertimbangan.

``Sebab itulah kita kena tangani, urus media sosial ini dan harus berani melawan dengan memberi fakta, kadangkala masalah memberi fakta dan auta, tapi auta menang, itu yang masalahnya,;; katanya.

Mengenai imej perpaduan dan persepsi,beliau berkata,  perkara itu penting kerana sekiranya Umno tidak menguruskannya dengan baik, maka akan timbul seolah-olah wujudnya perpecahan dan persepsi negatif rakyat terhadap parti itu.

Salleh juga  menyentuh soal menguruskan jentera kempen dengan baik yang  boleh mempertingkatkan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

``Ini adalah faktor penentu dan sesiapa yang dapat mengawal keadaan akan mendapat sokongan untuk memenangi pilihan raya umum,’’ ujarnya.

Salleh yang juga mantan Ketua Menteri Sabah meminta ahli UMNO terus bersatu dengan member tumpuan  dalam meningkatkan persediaan menghadapi PRU14.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Salleh  berkata hampir 2,000 akaun Facebook palsu melibatkan pemimpin negara telah dipadamkan oleh pihak kementerian dengan mengunakan bantuan daripada pengantara antarabangsa.

``Kalau ia diuruskan di Malaysia tiada masalah tetapi ada akaun palsu yang diuruskan di luar negara bagaimanapun masalah ini berterusan serta memerlukan kerjasama negara luar tetapi setakat ini tiada masalah,’’ katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana