Salahkan UMNO... memang sudah ada dalam SOP PPBM

Pemuda UMNO Kedah menyifatkan tindakan setengah-setengah pemimpin PPBM menunding jari kpd UMNO atas punca kekecohan "Nothing To Hide 2" semalam adalah dangkal dan melulu. Bagi Pemuda Kedah sindrom menunding jari atas kelemahan sendiri sememangnya sudah ada didalam SOP PPBM sejak awal lagi.

Pemuda UMNO Kedah yakin tindakan ini juga lahir atas rasa kekecewaan mereka akan keengganan Perdana Menteri melayan jemputan yg membuang masa mereka ke forum tersebut.

Pemuda UMNO Kedah yakin permasalahan tersebut timbul atas sebab kegagalan Ketua Armada Syed Saddiq menyakinkan pengikut dan kepimpinan ARMADA itu sendiri. Umum sedia mengetahui wujud sebilangan besar kepimpinan ARMADA diperingkat Bahagian dan Exco sendiri tampil mempersoalkan kredibiliti Tun Mahathir dan ahli keluarganya.

Pemuda UMNO Kedah yakin wujudnya satu gerakan "protest" didalam ARMADA yg tidak yakin dengan kepimpinan "kebudak-budakan" Syed Saddiq dan kredibiliti Tun Mahathir yg tidak konsisten.

Namun Pemuda UMNO Kedah sama sekali menolak tindakan mana-mana pihak yg sengaja mencetuskan huru hara berbentuk keganasan didalam mana-mana forum ataupun keramaian.

Bagi Pemuda Kedah semua pihak didalam negara bebas berpolitik dan bebas mengeluarkan pandangan asalkan pandangan dan kenyataan tersebut tidak berbaur fitnah kebencian.

Pemuda UMNO Kedah percaya ARMADA dan PPBM sedang berada diambang kejatuhan. Ketidakpercayaan kepimpinan bawahan dan sifat "U Turn" Tun Mahathir semakin menjejaskan sokongan akar umbi.

Pemuda UMNO Kedah dalam pada masa yang sama mencabar PPBM mendedahkan ahli sebenar mereka yg tidak seberapa itu dimana kita yakin sudah ramai yg didaftarkan oleh mereka tanpa kerelaan.

Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Ketua Pemuda UMNO Kedah

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana