PRU14: Utamakan calon UMNO di kawasan majoriti Melayu...Sokong 100%

Calon UMNO perlu diberi keutamaan untuk mana-mana kerusi di kawasan yang jumlah pengundi Melayu melebihi 60 peratus jika mahu memastikan Barisan Nasional (BN) menang besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, parti itu perlu tegas dalam perkara berkenaan kerana selama ini mereka telah banyak bertolak ansur dengan parti-parti komponen BN lain.

“Perkara meletakkan calon ini sangat penting dan kita (UMNO) tidak pernah kedekut dengan mengamalkan sikap bekerjasama dalam kalangan parti komponen.

“Dua pilihan raya umum lalu iaitu pada 2008 dan 2013 memberi isyarat jelas agar kita tidak lagi berjoli. Ini masanya untuk kita memastikan calon yang di­pilih bakal membawa kemenangan kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan.

Yang turut hadir ialah Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.

Menurut Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, apa juga keputusan dibuat dalam meletakkan mana-mana calon perlulah praktikal meskipun akan ada pihak yang kecewa.

“Jika kita meletakkan calon daripada parti komponen di kawasan yang majoriti pengundi adalah Melayu, kita kena lihat apa pula jaminan untuk menang.

“Pada saya, soal UMNO pernah kalah terutama di Kuantan sebelum ini bukan soal calon tetapi disebabkan pelbagai isu dan sentimen yang sengaja diada-adakan pembangkang terutama isu Lynas,” jelasnya.

Tambahnya, sebagai contoh di Perak pada 2013, UMNO mengambil kembali kerusi Pasir Panjang dan Behrang dengan menyaksikan kemenangan berpihak kepada BN sedangkan ketika 2008, parti komponen kalah kerusi tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana