Politik balas dendam Guan Eng

Masyarakat Cina di Pulau Pinang semakin sedar kelemahan pentadbiran Lim Guan Eng. Mereka yang sebelum ini terlalu taksub kepada Guan Eng mula berani mengkritik secara terbuka. Baru-baru ini, pemilik Kaffa Café di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Huang Jia Ye mengkritik Guan Eng kerana menyekat kebebasan media dan kenyataan itu disiarkan akhbar China Press. Beberapa jam selepas itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan tandas di kafe itu kerana didakwa dibina tanpa kebenaran.

Tindakan MBPP itu jelas sebagai balas dendam Guan Eng terhadap Huang kerana mengkritiknya. Dari segi undang-undang, Huang memang bersalah, tetapi bagaimana pula Guan Eng boleh membiarkan kilang habuk kayu beroperasi secara haram selama 10 tahun dan membiarkan penduduk terdedah kepada bahaya?

Guan Eng yang digelar tokong itu memang terkenal sikap angkuhnya. Dia dan bapanya, Kit Siang memimpin DAP secara kuku besi dan mencantas sesiapa saja yang mengkritiknya. Namun tindakannya terhadap Huang dianggap melampau dan menidakkan hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana