PM KE PERMATANG PAUH, FITNAH TERDESAK MENULAR

Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menafikan sekeras-kerasnya surat yang menjadi tular kononnya beliau memberi pelepasan cuti tanpa rekod sempena dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ke sini, esok.

“Sudah menjadi lumrah kepada mereka yang akan melemparkan fitnah untuk memburukkan pihak lain termasuklah melakukan serangan peribadi bagi menggagalkan agenda pemimpin Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian berikutan tularnya surat yang kononnya ditandatanganinya dengan arahan untuk memberi pelepasan cuti tanpa rekod sempena lawatan Perdana Menteri pada 17 Ogos.

“Ini adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab. Mungkin kerana pemimpin tertinggi kerajaan yang mengadakan lawatan ke sini maka ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memburukkan nama saya dan juga UMNO di sini,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Perdana Menteri, dijadualkan akan mengadakan lawatan di Padang Politeknik Seberang Perai dengan beberapa aktiviti lain bersama penduduk setempat pada tarikh terbabit.

“Ini juga adalah serangan peribadi yang mahu merosakkan kredibiliti saya sebagai ketua bahagian dan pemimpin tempatan dalam usaha menyambut kedatangan Perdana Menteri.

“Lagi pula, surat yang tular tersebut tidak valid dan tidak boleh diguna pakai dalam mana-mana sektor sama ada swasta atau pun kerajaan.”

Dalam hal ini beliau melihat bahawa ada pihak yang tidak senang dengan pelbagai usahanya dalam membawa perubahan kepada penduduk di Permatang Pauh khususnya menyambut kedatangan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

“Kita tahu Permatang Pauh ini adalah kubu kuat pembangkang tetapi apabila melihat gerak kerja yang telah diatur oleh UMNO dan pelbagai program yang mendapat sokongan kepimpinan pusat maka sudah tentulah mereka panas punggung.

“Apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah semakin hampir maka mereka mula bimbang melihat masyarakat di sini mengubah laluan kepada UMNO,” katanya lagi. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana