PKR 'gila bayang'... harap dapat kerjasama semula dengan PAS

Jika sebelum ini macam-macam PAS kena kutuk... kononnya parti "Pak Lebai' tak pandai politik lah, segala macam dengan pemimpin PKR... namun akhirnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui parti tersebut masih perlukan PAS.

Presiden PKR itu berkata sungguhpun tahaluf siyasi antara keduanya sudah terputus secara rasmi tiga bulan lalu, namun apa yang penting adalah keduanya berkongsi matlamat untuk menjatuhkan UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Memang objektif kita adalah menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Kalau ada apa-apa yang boleh membantu kita ke arah itu, kita akan cuba,” katanya dipetik FMT.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, ruang perbincangan masih terbuka dan terbukti apabila arahan letak jawatan terhadap lantikan politik PKR dalam pentadbiran Kelantan yang dikuasai PAS, diubah setelah perbincangan dilakukan,".

Semalam, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Abdul Kadir berkata mesyuarat Biro Politik Pusat yang diadakan malam Selasa lalu yang turut dihadiri pimpinan parti negeri itu mengambil ketetapan sedemikian selepas mengambilkira senario terkini di negeri berkenaan.

Abdul Aziz menambah ketetapan itu juga rentetan pendirian menteri besar negeri itu yang menyatakan kerajaan negeri pimpinan PAS itu masih memerlukan kerjasama dengan PKR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana