Penunggang motorsikal maut, badan terputus dua...Rempuh Belakang Kereta

JOHOR BAHRU: Akibat hilang kawalan, seorang penunggang motorsikal berkuasa tinggi maut bahkan badannya turut terputus dua dalam kemalangan di Kilometer 26.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini pukul 9.30 pagi tadi.

Mangsa, Moh Halmi Haroon, 53 yang menunggang motorsikal jenis BMW1000RR maut di tempat kejadian selepas terjatuh.

Akibat kejadian itu, mangsa turut digilis beberapa kenderaan lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Dzulkhairi Mokhtar mengesahkan kejadian itu dan berkata mangsa hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah kereta di lorong kanan.

"Rempuhan tersebut menyebabkan mangsa tercampak ke lorong sebelah kiri jalan sebelum digilis beberapa kenderaan menyebabkan mayat mangsa hancur," katanya dalam satu kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana