PAS Kedah tegas mahu bertanding semua 36 DUN di Kedah

PAS Kedah konsisten dengan pendirian untuk bertanding 36 kerusi DUN dan 15 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhrudin Sheikh Fakhrurazi menafikan dakwaan kononnya parti itu akan bekerjasama dengan blok pembangkang lain atau pun Umno dalam menghadapi PRU14.

"Sehingga ke saat ini, PAS Kedah bersedia untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen namun ia terpulang kepada kata putus PAS Pusat," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Beliau menyifatkan dakwaan kononya PAS Kedah akan bekerjasama dengan mana-mana parti melalui blok Pakatan Harapan (PH) mahupun UMNO sebagai satu jenaka.

"Ia sebagai usaha untuk mengelirukan ahli-ahli PAS serta menghakis kepercayaan ahli kepada kepimpinan parti, " katanya.

Ahmad Fakhrudin berkata keputusan parti itu untuk tidak mempunyai hubungan politik dengan mana-mana parti dalam BN mahupun PH adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.

Katanya sebagai contoh tidak mungkin PAS akan bekerjasama dengan PH yang ini sedang dibelenggu dengan pelbagai masalah..

Bulan lepas PAS Kedah mengumumkan untuk bertanding semua kerusi DUN dan Parlimen negeri ini selepas pengisytiharan DAP bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur selain tindakan PKR yang sering membelakangkan tahaluf siyasi sewaktu bersama PAS.

Pada PRU13, PAS Kedah bertanding 24 kerusi DUN sementara DAP bertanding dua kerusi DUN dan PKR 10. PAS menang sembilan kerusi dalam PRU13, bagaimanapun parti itu hilang satu kerusi setelah wakil rakyat Pengkalan Kundur, Datuk Phahrolrazi Zawawi menyertai PAN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana