PAKATAN PEMBANGKANG DIDAKWA HANYA MAHU SELAMATKAN KERUSI PARTI TERTENTU

Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa gabungan parti pembangkang bukan bermatlamatkan untuk menjatuhkan Barisan nasional pada Pilihanraya Umum ke-14 sebaliknya bermatlamatkan menyelamatkan kerusi parti tertentu dengan menjadikan PAS sebagai Kuda Tunggangan.

Menurut beliau, jika pakatan pembangkang berjaya memenangi kerusi, agenda Islam yang diperjuangkan hanya akan ‘Ditendang’dan ‘Diperangi’.

Menurut laporan Berita Harian, beliau mendakwa PAS juga hanya akan terus dituduh serta diserang.

Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (ISP), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata apabila gabungan parti pembangkang itu berjaya memenangi kerusi, sekali lagi agenda Islam akan ditendang dan diperangi, manakala PAS akan terus diserang dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

“PAS terus komited mencanangkan kepada rakyat penyelesaian Islam menerusi Budaya Politik Matang Sejahtera dan dokumen Wawasan Induk Negara Sejahtera.

“Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar lalu bertajuk Sejahtera Bersama Islam sedang dihayati oleh ahli dan pimpinan PAS di semua peringkat bagi menghadapi PRU14,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana