Nothing To Hide 2.0 yang jadi forum ‘Everything To Hide’…Madey Mana Boleh Dikritik Sikapnya

Duduk diam-diam dan cuba renung dari jauh.Apa agaknya terjadi jika pada program Nothing To Hide 2 Tun Dr Mahathir Mohamad  ‘ada keberanian’ untuk jawab secara terus terang soalan seorang hadirin,Fariz Hadi samaada ‘ ya’ atau ‘ tidak’ Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat.

Kita semua tahu apa jawapan sebenar…begitu juga Dr Mahathir….mengenai orang yang Pakatan Harapan (PH) sedang jual kepada umum sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Buka balik semua keratan akhbar dan klip video dulu-dulu kita boleh dengar berdegar-degar bekas Perdana Menteri itu mengesahkan perbuatan terkutuk bekas timbalannya itu.

Kenapa beliau jadi pengecut hingga setakat berani komen ‘itu kisah lama’ yang tidak perlu diungkit kerana ia akan pecah belahkan gerakan pembangkang.

Ewah…senangnya seorang negarawan cakap begitu.Bukankah Dr Mahathir dakwa beliau kini sedang ‘mengamuk’ kerana hendak selamatkan Malaysia.

Juga bukankah beliau sendiri cakap Anwar tidak layak jadi Perdana Menteri kerana dari siasatannya sendiri orang yang kini pegang jawatan Ketua Umum PH dari dalam penjara terlibat sodomi dengan lelaki dan main perempuan.

Dr Mahathir pun tahu jika beliau berpegang kepada tajuk program yakni Nothing To Hide dan berterus terang pasal Anwar jawabnya ‘meletup’ habis Dewan Raja Musa di Seksyen 7 Shah Alam petang Ahad yang majoriti dipenuhi penyokong pembangkang.

Jawatan yang baru saja disandangnya sebagai Pengerusi PH melayang,Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kena terajang keluar dari PH…maka beliau dan beberapa rakan dalam PPBM terpaksa longlai jalan sendiri dan cakap sendiri macam orang hilang akal.

Ini fakta apa yang bakal berlaku jika Dr Mahathir jawab ‘ya’ pada soalan mudah Fariz.

Sebenarnya soalan Fariz itu adalah soalan seluruh rakyat Malaysia yang ada akal.

Tidak perlulah budak-budak PPBM dan PH nak susah payah buang masa temberang sana sini perbodohkan orang tentang kononnya semangat juang mereka yang berkobar-kobar untuk tumbangkan BN.

Sedangkan bab depan mata yakni orang yang beliau pernah sahkan terlibat meliwat dan main perempuan serta didapati oleh mahkamah dua kali bersalah meliwat pun bekas Perdana Menteri itu tidak ada keberanian nak bersuara yang benar.

Jangan marah jika budak-budak sekolah pun boleh gelak berguling-guling menyindir...Nothing To Hide apa bendanya kalau gitu?

Soalnya sekarang kebenaran apa yang boleh diharapkan dari orang kecut dan takut pada bayang-bayang sampai begitu.

Malah Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menter,Datuk Seri Tengku Sarifuddin menilai program Nothing To Hide 2 itu sudah bertukar jadi forum ‘ Everything To Hide’.

Dalam satu kenyataan Isnin untuk mengulas hal berkenaan beliau berkata forum 'Nothing to Hide 2.0' dianjurkan dan diuruskan oleh PPBM dan dihadiri oleh kepimpinan dan penyokongnya.

“PPBM bertanggungjawab sepenuhnya terhadap acara itu, jadi untuk menyalahkan kejadian huru-hara itu ke atas UMNO adalah percubaan oleh pembangkang untuk menutup tindakan tanpa rasa malu oleh anggota-anggotanya sendiri,”katanya.

Menurut Tengku Sarifuddin hakikatnya adalah penyokong pembangkang yang hadir kecewa dengan ketidakupayaan Dr Mahathir untuk menjawab soalan di forum itu mengenai skandal semasa pentadbirannya, seperti tindakan beliau memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembunuhan Memali.

“Forum 'Nothing to Hide 2.0' itu sebaliknya bertukar menjadi forum 'Everything to Hide'.

“Seperti yang diketahui semua, dan seperti yang jelas dilihat pada acara itu, Pakatan Harapan pada asasnya telah terbahagi.

“Apa lagi yang boleh diharapkan dari pakatan yang telah bergabung atas perkahwinan yang hanya berlandaskan kelebihan yang diberi oleh bekas-bekas musuh yang pernah melakukan segala-galanya yang termampu untuk memusnahkan satu sama lain untuk beberapa dekad,”katanya.

Beliau menegaskan tuduhan liar yang menyalahkan UMNO dan Perdana Menteri oleh Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan pemimpin Pakatan yang lain adalah palsu, melulu dan tidak sepatutnya dilakukan.

“ Ia jelas adalah satu percubaan untuk mengalihkan perhatian dari perpecahan PPBM, dan merupakan satu lagi contoh cara politik pembangkang untuk mewujudkan kebencian dan kemarahan terhadap kerajaan pada setiap peluang yang ada.

“ Sekiranya Pakatan tidak dapat menganjurkan forum sendiri tanpa kekacauan, kita hanya dapat membayangkan apa yang akan mereka lakukan kepada Malaysia. Ianya jelas bahawa negara akan ditimpa bencana jika pembangkang yang diketuai oleh DAP mendapat kuasa pada Pilihan Raya Umum akan datang,”katanya.

Tengku Sarifuddin kata pihak berkuasa akan menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan yang sepatutnya sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang.

“Kerajaan ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri akan terus memberi tumpuan kepada kebajikan ekonomi, kesejahteraan sosial dan keselamatan semua rakyat Malaysia,”katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana