Mangsa pencemaran habuk kilang digesa saman kerajaan DAP

Tak payah ceramah panjang lebar... kerajaan DAP Pulau Pinang kini boleh di saman oleh orang ramai yang menjadi mangsa pencemaran kilang haram yang beroperasi selama 10 tahun di Kampung Sungai Lembu, Mengkuang.

Bagaimanapun saman hanya boleh dibuat sekiranya benar desas-desus bahawa kerajaan DAP sebenarnya telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan tindakan penguatkuasaan ke atas operasi kilang tersebut.

Timbalan Pengarah Pasukan Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Eric See-To berkata, akibat daripada arahan sedemikian telah menyebabkan penduduk di Kampung Sungai Lembu dekat Mengkuang di negeri itu mengalami penderitaan kesihatan selain terkena kanser kerana kilang berkenaan mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Tambahan pula, katanya, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengesahkan bahawa kilang memproses habuk kayu untuk kegunaan penapis karbon yang telah beroperasi secara haram lebih dari 10 tahun itu tidak mempunyai sistem kawalan pencemaran udara yang sepatutnya.

“Jika arahan ini betul dan operasi kilang ini telah menyebabkan kanser boleh dibuktikan, maka kerajaan Negeri Pulau Pinang layak dikenakan saman oleh mangsa yang mengalami masalah kesihatan terutama mereka yang telah disahkan kanser kerana kesan pencemaran itu.

“Kerajaan DAP Pulau Pinang masih ‘berhutang’ dengan penduduk di Sungai Lembu dan rakyat negeri itu seluruhnya atas penjelasan mengapa kilang itu dibenarkan beroperasi secara ha­ram walaupun ia telah banyak kali dibangkitkan oleh pelbagai pihak bertahun-tahun dahulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Isu kilang itu pernah dibangkitkan ADUN Penanti dari PKR, Dr. Norlela Ariffin mengenai banyak kilang haram dibiarkan beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Sebelum ini Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh direman selama lima hari bagi membantu siasatan serbuan pihak berkuasa terhadap kilang berkenaan pa­da Khamis lalu.

Dalam pada itu, Eric berkata, sebelum ini, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr M. Sukumar menge­sah­kan 11 daripada 500 penduduk di Sungai Lembu menderita akibat kanser dan ang­ka itu boleh diterjemahkan bahawa nisbah kadar penduduk di situ yang mengalami kanser adalah seramai 2,200 orang daripada kalangan 100,000 penduduk.

Ini bermakna, kata beliau, kadar kanser di kawasan berkenaan adalah 2,342 peratus lebih tinggi daripada purata kanser kebangsaan sebagaimana laporan Institut Kanser Kebangsaan iaitu hanya sebanyak 86.9 peratus dan 89 peratus bagi setiap 100,000 penduduk lelaki dan perempuan.

Sementara itu, SPRM akan memanggil Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Dr. Norlela dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung operasi kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti, Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, mereka akan dirakam keterangan untuk melengkapkan siasatan selepas kedua-dua individu terbabit ada mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung operasi kilang haram terbabit.

“Kita akan memanggil Guan Eng dan Dr. Norlela secepat mungkin namun bergantung kepada kesesuaian masa kerana SPRM juga sedang meneliti beberapa aspek lain dalam siasatan kes ini

“Setakat ini kita telah menahan tiga individu dan me­rakam percakapan beberapa saksi berhubung kes ini,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Pada 10 Ogos lalu, SPRM bersama beberapa agensi kerajaan lain menjalankan operasi di sebuah kilang memproses habuk kayu yang didakwa penduduk dan Dr Norlela mencemarkan alam sekitar.

Kilang berkenaan dipercayai beroperasi tanpa lesen serta didakwa kebal daripada sebarang tindakan penguatkuasaan kerana dilindungi pihak tertentu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana