Mahathir Dan Azmin Yang Sebenarnya Banyak Everything To Hide

Tuduhan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang menuduh UMNO yang menjadi dalang dalam kekecohan program Nothing To Hide 2.0 bertindak terlalu melampau dan keterlaluan walhal yang mencetuskan kekecohan ialah orang dalam PPBM sendiri.

Dakwaan Azmin bahawa Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah penyebab kekecohan juga tidak sepatutnya dilakukan kerana dakwaan itu tidak berasas. Mengapa Azmin yang merupakan anggota PKR, mahu masuk campur urusan PPBM, adakah kerana beliau anak angkat Pengerusi, Mahathir Mohamad.

Semua sudah terbongkar, siapa yang mula-mula baling kerusi iaitu kumpulan urusetia program, pasukan keselamatan yang dilihat seperti sengaja enggan mengawal keselamatan dan memastikan program berjalan lancar. Yang bertanyakan soalan ialah Exco Armada PPBM, Taufik Abbas berkaitan Memali, bukan orang UMNO.

Sebenarnya, dalam diri Azmin dan Mahathir lah yang banyak hendak sembunyikan macam-macam. Boleh dikatakan dalam sejarah hidup mereka “Everything To Hide” kerana kalau terbongkar habislah kerja politik jahat mereka diketahui.

Mahathir sudah pasti hendak menyembunyikan cerita sebenar insiden serbuan di Kampung Memali itu kerana beliau pada ketika itu Perdana Menteri, beliau juga pasti mahu sembunyi cerita sebenar bagaimana beliau betul-betul tidak suka dengan Timbalannya, Anwar Ibrahim sehingga memecatnya.

Dia pula perlu jaga hubungannya dengan Anwar dan keluarga kerana tidak lama lagi akan dipanggil anggota panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentan skandal Forex yang menyebabkan Bank Negara Malaysia (BNM) rugi berbilio ringgit. Azmin pula, Menteri Besar Selangor yang banyak isu tidak selesai dan lebih memalukan beliau menjauhkan diri dari menjawabnya.

Isu SPLASH, dana YAWAS dan SMUE semuanya masih terbiar tanpa diambil peduli oleh Azmin. Kemudian, apa kesudahan pada isu status tanah di Paya Indah Wetlands? Tindakan Azmin begitu pantas menuduh UMNO dan Najib adalah untuk menarik perhatian rakyat kepada masalah PPBM dari memberi perhatian kepada isu melibatkan dirinya.

Selain mengaitkan Najib dengan isu Nothing To Hide 2.0, Azmin turut masuk campur urusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan mengatakan BN akan gagal jika tidak selesaikan hal 1MDB.

Azmin tidak perlu campur tangan kerana beliau sendiri tidak tahu bahawa hutang 1MDB sudah pun selesa dan dibayar serta plan rasionalisasi 1MDB sudah berjaya. Beliau kena ambil perhatian isu diri sendiri dan jangan hendak sembunyi sini dan sembunyi sana.

Apa yang terjadi di Shah Alam, Ahad lepas ialah petanda bahawa budaya samseng dalam PKR bawah pimpinan Azmin sudah meresap masuk ke dalam PPBM.

Ketika program himpunan haram Bersih 3, pasti masih terbayang bagaimana keganasan berlaku oleh peserta himpunan sehingga ada anggota polis dipukul dan kereta polis dirosak dan diterbalikkan, ini semua budaya dari dalam PKR yang mula sejak zaman reformasi Anwar dulu. Kini ia sudah melarat ke dalam parti Mahathir.

Pihak polis perlu mengambil tindakan segera membatalkan perhimpunan haram anjuran pembangkang yang dirancang untuk diadakan pada Oktober depan kerana ia akan menjadi medan berlakunya lagi keganasan seperti ini. Jika tidak pun, ahli dalam pembangkang ini akan bergaduh sesama sendiri sehingga membahayakan keselamatan orang lain. – pru14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana