Kisah Dr Norela PKR...jangan main-main dengan 'tokong'....Hanya Macai BEBAL Yang Tak Mengerti Dan Faham Saja Yang Kata Ok

Ini al-kisah di sebuah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Harapan.Senarionya belum lagi perintah satu Malaysia.Jadi awas…kalau nak lawan tauke.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di kawasan Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang ,Dr Norlela Ariffin bukan satu nama besar dalam arus perdana arina politik tanah air.

Tidak ramai orang luar yang kenal sangat siapa wakil rakyat dari parti PKR ini.

Dr Norela pernah curi perhatian bila menangis ketika berucap dalam sidang DUN pada 20 November 2015 kerana merungut kecewa kerana Kerajaan DAP Pulau Pinang mengabaikan kawasannya.

Beliau sedih kerana kerajaan negeri tidak mahu memahami masalah yang dihadapi oleh penduduk di 28 kampung dalam DUN Penanti yang tersepit kerana tiada kemudahan asas.

Kisah itu terus berlalu sepi.

Nama Dr Norela kembali menjadi sebutan sejak Jumaat lalu bila Exco Kerajaan Negeri dari parti DAP Phee Boon Poh ditahan untuk siasatan SPRM kes keluar surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) agar jangan bertindak keatas sebuah kilang haram di Sungai Lembu,Bukit Mertajam.

Ibarat perah limau pada luka…ADUN Penanti itu telah ucap terima kasih kepada SPRM kerana bertindak.

Ini kerana isu kilang haram karbon itu yang cetus masalah pencemaran telah sekian lama menjadi keluhan penduduk di kawasan itu.

Gara-gara itu Dr Norela terpaksa menanggung rasa.

Beliau diserang kiri kanan oleh para penyokong DAP yang geram Exco mereka ditahan dan disiasat oleh SPRM.

Dr Norela didakwa menjadi punca SPRM bertindak.

Tekanan politik dari rakan parti dalam Pakatan Harapan itu telah mendorongnya untuk angkat bendera putih.

Dr Norela dilaporkan berkata beliau mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.

Ini kerana merasa tidak selesa lagi selepas mendedahkan isu kilang haram itu.

“Mereka tidak faham saya cuma mahu kilang itu patuh pada peraturan dan selesaikan masalah itu,”katanya.

Sebenarnya pergelutan ‘siapa bos’ dalam pentabiran Pakatan Harapan di Pulau Pinang yang diketuai DAP bukan cerita baru.

Antara yang paling hangat ialah isu ‘tokong’ pada Ogos 2012.

Isu ini meletup bila ada orang dalam dedah rakaman sulit perbualan dalam satu pertemuan pimpinan PKR negeri.

Dalam pertemuan tidak rasmi itu mereka antara lain merungut mengenai kuasa Ketua Menteri Lim Guan Eng dan susah nak berkira denganya dalam pembahagian kerusi.

Dalam rakaman itu terdengar Ketua PKR Negeri yang juga Timbalan Ketua Menteri waktu itu Mansor Othman kata : Guan Eng macam tokong you know to the Chinese, you cannot deny that, he is just like a tokong, itu yang buat dia orang sombong, very-very angkuh and arrogant. Tapi tak apalah, whatever it is, we get ourselves stronger, young people you all kena prepare, every seat kita nak bertanding, kena ada orang."

“Tidak tentu...Belum finalised, dia very arrogant I tell you... Cocky and arrogant. Its not easy. Now more arrogant. Because dia menang banyak. They are sure of winning 19 and they want more.

“Because by two more they can form their own government and they can, any two from us to be on their side and abandon us out."

Ekoran ribut isu itu Mansor terpaksa buat kenyataan menafikan beliau dakwa Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong yang bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.

Dakwanya istilah seperti 'tokong' itu merupakan 'sanjungan dan penghormatan rakyat Pulau Pinang'.

Lucu …memang lucu mendengar penjelasan untuk cuci mangkuk itu.

Isu ini dikatakan dapat mengambarkan apa jadi dalam Pakatan Harapan jika DAP ‘batuk’.

Jawabnya...semua kecut.

Bercakap dalam konteks politik nasional sebab itu ramai pemerhati yang tersenyum sinis dengar Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berulangkali cuba meyakinkan orangramai DAP tidak jadi kuasa penentu jika mereka menang pilihanraya umum ke 14.

Mereka akui kemungkinan Guan Eng atau bapanya Lim Kit Siang dilantik jadi Perdana Menteri sekalipun DAP dapat kerusi terbanyak dikalangan Pakatan Harapan tidak akan berlaku.

Namun sebagai ‘king maker’ dalam pakatan itu…lojik akal kata mana mungkin DAP cuma akan tepuk tangan dari jauh tengok rakan lain PKR-PAN-PPBM ‘kenduri kuasa’.

Sebagai pembuka mata...imbas balik apa yang berlaku semasa pembangkang kuasai kerajaan negeri Perak selama 11 bulan selepas pilihanraya umum 2008.

DAP ada kerusi terbanyak tetapi tidak boleh lantik Menteri Besar sebab tidak ada ADUN Melayu.

Maka Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS ketika itu terpaksa dilantik jadi Menteri Besar.

Sekalipun tidak pegang jawatan Menteri Besar...sebagai timbal balas DAP pegang kerusi Exco terbanyak dalam kerajaan negeri.

Jadi pengaruh DAP ‘dibelakang tabir’ di Perak cukup terasa waktu itu termasuk isu pemberian TOL tanah selama 999 tahun.

Kuasa boleh datang dari segenap sudut secara tersurat dan tersirat.

Tolak sebelah jawatan Perdana Menteri...jawatan Timbalan Menteri Satu atau Dua sudah tentu kena diwujudkan bagi wakil parti itu.

Juga apa kata jika DAP tuntut nak pegang kementerian-kementerian strategik seperti Kementerian Kewangan,Kementerian Dalam Negeri,Kementerian Pertahanan,Kementerian Pendidikan dan sebagainya.

Ini belum masuk lagi agensi-agensi kerajaan yang strategik baik di pusat dan di negeri.

Dulu masa Tun Dr Mahathir Perdana Menteri 22 tahun beliau cengkam kuat UMNO/BN.

Tapi sekarang lain padang lain ceritanya

Ada berani Dr Mahathir mau main-main lawan tauke sama itu ‘tokong’ ?

Cuba tengok...dulu cukup kuat cakap dan singkir Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Sekarang ini bila sudah kawan sama PKR..baru sikit tanya 'ya' atau 'tidak' itu orang meliwat...sudah tidak berani cakap.

Dulu tuduh Lim Kit Siang rasis...sekarang kawan dengan DAP...sudah tidak rasis.

Jadi tidak perlulah nak berselindung..sudah nampak jelas dari sekarang siapa yang akan berkuasa jika kongsi kuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana