Kejadian Diatur Untuk Memudahkan Tun M Lari Dari Soalan Susah

Kejadian semalam sebenarnya sesuatu yang disengajakan untuk tarik perhatian para simpati parti Munge.

Tragedi baling dan bakar itu sebenarnya sudah dapat dijangka oleh para hadirin dan pemerhati yang hadir kerana sebelum bermulanya majlis berkenaan agak anih MC sebut berikut:

"Tuan Tuan dan Puan Puan, saya lupa meminta Tuan-Tuan dan Puan-Puan memberikan tepukan gemuruh kepada brother-brother security atau keselamatan kita pada hari ini. Kita tak mohon, tak jangka atau tak doakan tetapi sekiranya keselamatan kita pada hari ini tergugat, kita mohon abang-abang security mengambil tindakan sewajarnya".

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154963151211448&id=714561447

https://bigdogdotcom.wordpress.com/2017/08/13/volenti-non-fit-injuria/

Pada masa yang sama, pengajur juga tidak pernah menjemput atau mengundang petugas rasmi seperti pihak polis atau pihak yang berkuasa bagi mengawal keselamatan. Tapi bila dah berlaku barulah peserta menjerit ...

"POLIS MANA? POLIS!! POLIS MANA!! ADUH !!!"

Majlis soal jawab Mahathir Nothing2Hide tidak mendapat sambutan yang dibayangkan kerana hanya ada berapa orang pemimpin dan penyokong totok Madey dan parti munge sahaja. Selebihnya yang hadhir adalah para wartawan dan pemberita pro pembangkang yang memang menunggu-nunggu insiden seperti itu berlaku (mungkin mereka pun dah tahu).

Untuk menarik perhatian hadirin dan pihak wartawan perlu ada satu satu insiden untuk tidak dijadikan isu.

Nothing2Hide menunjukkan puak pentaksub gagal untuk terima pandangan berbeza. Ab Jalil Backer menulis:

Nothing to Hide dan Kerusi Terbang

Kekecohan yang berlaku petang semalam bukan perkara terasing membabitkan Tun Mahathir.

Mereka sebenarnya sukar menerima sebarang pandangan yang bertentangan dengan ideologi Mahathir.

Justeru kekecohan yang berlaku hari ini tiada kena mengena dengan UMNO, tetapi kerana sikap fanatik segelintir penyokong Tun Mahathir.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214069061660948&id=1244194023

Dalam kejadian ini, ia adalah reaksi Armada terhadap soalan yang ditimbulkan berhubung peristiwa Memali dan mula membalik selipar, kerusi dll.

Keadaan menjadi tidak terkawal apabila ada penyokong bertindak balas dengan membaling kerusi di dalam dewan.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar.

Baca selanjutnya: www.malaysiakini.com/news/391793

Tun M hanya berdiri senyum dan begitu tenang di atas pentas. Dalam media pula pihak PPBM mendramakan untuk salahkan UMNO.

Namun sebenarnya Tun M tidak selesa dan cuba mengelak dari soalan-soalan susah yang boleh memerangkap diri serta boleh menjadikan dirinya begitu bodoh dihadapan penonton.

Ramai penonton yang hadir ke program Nothing To Hide kecewa dengan tindakan Tun M yang cuba lari dari menjawab soalan-soalan susah.

Baca juga soalan Dr Novandri:
http://novandri.blogspot.com/2017/08/nothing-to-hide-2-soalan-bocor-untuk.html

Nampak FMT cuba cover Tun M dan salahkan UMNO khususnya DS Jamal Yunus

Sudahlah Tun M ... auta kamu boleh dibaca.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana