BINAAN DAN BANGUNAN HARAM SEBELUM 2008 : LAGI KENYATAAN PELIK GUAN ENG...NAK TUDUH KERAJAAN TERDAHULU LAH NI

BOGOK TAK HABIS HABIS LAGI KENYATAAN LIM GUAN ENG NI....

Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar mempertikaikan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung bangunan dan kilang haram di negeri tersebut yang disifatkan sebagai perkara pelik.

Menurut beliau, sebagai sebuah kerajaan negeri yang kononnya cekap dan hebat apakah soal faktor keselamatan dan juga untuk kesejahteraan rakyat tidak diambil kira sehingga membiarkan ianya terus menerus wujud.

“Jika benar apa yang diperkatakan itu, ianya adalah satu kenyataan yang cukup lawak. Bermula daripada 2008 sehingga ke hari ini, apakah masih tidak mampu untuk mengambil sebarang tindakan.

“Keduanya sekiranya kilang-kilang haram ini menimbulkan masalah kepada penduduk setempat apakah kerajaan negeri mengambil sikap pandang dan lihat gara-gara ianya wujud sebelum 2008,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilaporkan sebagai berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mengambil tindakan terhadap semua bangunan, rumah ibadat atau penjaja yang beroperasi secara haram dan wujud sebelum 2008.

Guan Eng berkata perkara itu dijadikan sebagai dasar kerajaan DAP selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada 2008.

“Kami ambil keputusan bahawa semua bangunan haram termasuk kilang tidak akan disentuh kecuali jika ia mengganggu orang awam dan aliran trafik sehingga satu penyelesaian dapat dicapai. Kami tidak mengehadkan tempoh untuk penyelesaian yang baik antara semua pihak.

“Tapi kami selalu sebut kami cuba kurangkan ambil langkah mitigasi untuk kurangkan mana-mana kesan negatif sekiranya timbul,” katanya kepada pemberita ketika hadir di perkarangan Mahkamah Majistret, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, Azizi melahirkan rasa terkejut dengan tindakan PKR Pulau Pinang yang dikatakan menjarakkan diri daripada ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin yang mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Seandainya laporan itu benar, ianya amat mendukacitakan kerana Dr Norlela mewakili kawasan beliau dan hanya mahukan keadilan dan pembelaan kepada penduduk setempat apatah lagi kawasan yang diwakilinya.

“Adalah amat tidak wajar beliau disisihkan hanya kerana mengucapkan terima kasih kepada SPRM yang telah mengambil tindakan ke atas isu yang telah dibawanya untuk tindakan pihak berkuasa Kerajaan Negeri.

“Sepatutnya PKR, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat menyokong tindakan Dr Norlela, bukannya bersikap sedemikian rupa,” katanya. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana