Tindakan DoJ condong ke arah politik bukan perundangan

Tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat menyebut mengenai pembelian berlian oleh isteri “Malaysian Official One" (MO1) adalah tidak wajar serta condong ke arah politik, retorik dan tidak berdasarkan perundangan.

Pengarah Strategik Barisan Nasional (BN),  Datuk Seri Rahman Dahlan berkata, menurut laporan sebuah portal pro pembangkang, DoJ telah mengakui siasatan masih diteruskan dan berlian yang diperkatakan itu tidak akan dirampas.

"Sekiranya siasatan masih dijalankan mengapa DoJ keluarkan kenyataan dan mengadakan sidang akhbar yang penuh dengan insinuasi.

"Saya berharap DoJ mengadakan sedikit kawalan. Perdana Menteri pun dah cakap sesiapa boleh menyiasat tetapi cara DoJ mendedahkan kes kepada umum adalah perbuatan yang tidak seharusnya berlaku.

"Perbuatan DoJ condong ke arah politik. Sangat retorik dan bukan berdasar pada perundangan. Kes ini belum dibawa ke mahkamah tetapi DoJ menyingkirkan beberapa fakta kes. Ini amat dikesali," katanya pada sidang media di Cyberjaya, Selasa.

Minggu lepas, DoJ membuat kenyataan yang ia mahu menyita aset yang dikatakan dibeli menggunakan dana yang dicuri dari 1Malaysia Development Berhad. Bagaimanapun berlian yang diperkatakan tidak pula disenaraikan sebagai barang yang mahu dirampas.

“Kamu (DoJ) sindir, dan kamu memberi gambaran seolah-olah Rosmah dan berlian itu membuat sesuatu yang salah. Tetapi dalam dokumen yang kamu serahkan, kamu tak masukkan pun berlian itu sebagai salah satu harta yang hendak dirampas," katanya.

“Kamu perlu ingat, kamu bercakap tentang negara yang akan menghadapi pilihan raya, dan kamu tahu kenyataan seperti itu akan digunakan dan disalahgunakan sepenuhnya oleh pembangkang.

“Jadi saya harap DoJ akan lebih berhati-hati,” kata Rahman.

Rahman juga merasakan tindak tanduk DoJ seperti didorongi pihak lain.

"Apakah kenyataan DOJ itu dipengerahui beberapa pihak yang kerja mereka hanyalah mahu menjahanamkan negara ini atau menurunkan Perdana Menteri?

"Sekiranya masih dalam siasatan kenapa begitu cepat membuat kesimpulan? Adakah kerana anda fikir pilihanraya akan diadakan selepas Hari Raya maka kamu mengeluarkan kenyataan? Cara DoJ ini sungguh luar biasa.

"Kenapa nak bawa isu berlian? Kenapa DOJ masukkan dalam kenyataan akhbarnya yang panjang lebar berkenaan berlian itu sedangkan mereka sendiri tidak berminat untuk merampas kembali berlian itu?"

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana