Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat kerugian BNM...Ada Yang Tak Tidur Lena Ni

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1980-an dan 1990-an.

Pejabat Perdana Menteri, dalam satu kenyataan hari ini, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan Pasukan Petugas Khas (PPK), yang diberi mandat untuk membentangkan hasil laporan mereka selepas tiga bulan.

"Dalam laporan itu, PPK mendapati wujud kes 'prima facie' bagi kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an dan mencadangkan penubuhan RCI bagi melakukan siasatan terperinci lagi menyeluruh berdasarkan lunas perundangan dan dilindungi di bawah Akta 119.

"Penubuhan RCI juga bertujuan menjaga kepentingan awam, yang mana kerugian sebenar BNM akibat urus niaga mata wang asing membabitkan rizab negara dapat dipastikan.

"Ini kerana siasatan awal PPK mendapati jumlah kerugian adalah lebih besar saripada apa yang dilaporkan kepada Kabinet dan Parlimen.

"PPK juga mendapati terdapat elemen menyembunyikan fakta sebenar kerugian dengan mengemukakan maklumat yang bertujuan mengelirukan Kabinet dan Parlimen," katanya.

Sehubungan itu, mengikut kenyataan akhbar yang sama, Kabinet sebulat suara bersetuju dengan syor PPK bahawa terdapat keperluan menubuhkan RCI bagi membolehkan siasatan mengenai kerugian BNM sekitar 1980-an dan 1990-an diteruskan, sekali gus diharap mampu merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lalu.

Kerajaan juga berterima kasih kepada Pengerusi PPK, Tan Sri Sidek Hassan dan ahlinya serta Sekretariat PPK di Kementerian Kewangan, yang memberi komitmen penuh dalam menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian terbabit dengan telus, bebas lagi adil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana