Senarai semak isu DoJ bagi yang keliru...

Sekiranya anda sukar memahami isu DOJ akibat dari putar-belit fakta yang wujud, SENARAI SEMAK di bawah ini berkemungkinan dapat membantu anda. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan anda dari menjadi orang yang biadap & bodoh.

1. Benarkah wujud aduan sebenar atau ia sekadar aduan yang remeh? Dan sekiranya pengadu tersebut adalah Khairuddin Abu Hassan dan Tontonya, maka jelas ia merupakan sebuah isu politik berat sebelah (Baca: Adakah pengumuman DOJ itu merupakan idea Mahathir?)

2. Jika jawapan bagi soalan no 2 adalah tepat, maka anda boleh mengikuti aliran kewangan yang bakal membawa kepada penemuan bahawa dokumen DOJ tersebut sebenarnya adalah hasil tulisan Mathias bersama kroninya. Ianya juga bersangkutan dengan C4 (atau mungkin C5) yang berkait dengan Tan Sri-Tan Sri yang bersekongkol di dalam konspirasi tersebut (Baca: Siapakah 4 Tan Sri Yang ‘Mengkhianati’ Konspirasi Kotor Anti-Najib?)

3. Lihat kembali kepada aliran masuk dana Abu Dhabi ke dalam kes DOJ dan mengapa ia menjadi sedemikian? Adakah ia kerana 1MDB tidak lagi mempunyai hubungan berikutan dengan perjanjian dengan Abu Dhabi baru-baru ini? Ia jelas menunjukkan bahawa aliran tunai 1MDB masuk ke dalam akaun dan pengurusan Abu Dhabi.

4. Mungkin wujud kes DOJ namun ia adalah berkaitan Abu Dhabi kerana wang-wang tersebut adalah milik individu-individu dari Abu Dhabi yang digunakan untuk membiayai Leornado Di Caprio, filem yang diterbitkan serta barang-barang kemas.

Sekali lagi, adakah benar-benar wujud aduan tersebut dari pihak berkuasa Abu Dhabi?

5. Pernahkan DOJ meminta Kerajaan Malaysia memberikan sebarang maklumat, bantuan serta lain-lain lagi? Mengapa mereka tidak melakukan sedemikian?

Ini kerana ia merupakan sebuah kes sivil dan mereka sendiri tidak berhak untuk meminta sebarang bantuan dari mana-mana kerajaan bagi kes-kes tersebut.

6. Adakah sebarang siasatan dibuka berkaitan kes 1MDB di Amerika Syarikat dan pernahkah mereka meminta sebarang maklumat siasatan dari Kuala Lumpur? Mengapa mereka tidak berbuat demikian?

Semua dakwaan yang dilakukan ke atas 1MDB adalah di bawah ‘Rasuah Perbankan’. 1MDB tidak pernah didakwa bagi mana-mana kesalahan tersebut. Termasuk di negara ‘telus, bersih dan bebas rasuah’ Singapura dan Switzerland (Baca: Singapura dedahkan individu kelima yang terlibat dengan kes berkaitan 1MDB).

7. Masih keliru? Biarkan undang-undang mengambil tempat. Biarkan DOJ melakukan siasatan. Saya tidak mahu menafikan bahawa mahkamah Amerika mahupun sistem kehakiman mereka adalah lebih baik dari Peguam Negara, PDRM, SPRM, PAC dan lain-lain badan di negara kita (mereka mempunyai Presiden Trump, cukup hebat, kan?) namun, kita tidak mempunyai pilihan, kan?

8. Namun selagi ia berjalan mengikuti proses yang betul dan tidak dicemari, pastinya kita akan menghormati mereka.

9. Tidak ada salahnya juga untuk kita mengetahui siapakah pengadu yang berada disebalik kes DOJ ini. Mengapa perlu malu? Tentunya semua ingin tahu adakah Dr Mahathir Mohamed telah membuat pembayaran RM50 juta melalui Daim Zainuddin kepada DOJ bagi melaksanakan apa yang diinginkannya (Syed Saddiq tahu mengenai serangan DOJ yang bakal berlaku).

10. Jika kenyataan-kenyataan ini masih tidak dapat membantu, hanya satu perkara yang perlu diingat. Seperti yang diperkatakan DOJ:

Aduan melucut hak sivil hanyalah sekadar dakwaan yang menyebut bahawa terdapat wang atau harta yang terlibat atau merupakan hasil dari perlakuan jenayah. Dakwaan-dakwaan ini belum terbukti benar sehingga mahkamah membuat penghakiman yang memihak kepada Amerika Syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana