Rosmah Meriba Budak Hiperaktif Minta Bergambar

Semalam, seorang budak lelaki yang hiperaktif dilaporkan sangat teruja dapat bertemu isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika majlis berbuka puasa bersama penggiat seni di Seri Perdana, Putrajaya.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor melalui catatan di Facebook berkata sejurus selepas melihat Rosmah kanak-kanak tersebut terus melompat di atas ribanya sebelum meminta untuk bergambar.

“Anak kecil ni hiperaktif tapi terus melompat ke riba DSRM mintak bergambar apabila nampak beliau di situ.

“Kalau nak tau aura keibuan tu tinggi adalah bila anak kecil merasa tertarik untuk bersama dengan kita,” tulisnya memetik kenyataan di status tersebut.

Dulu, Rosmah mengiringgi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama Karyawan, Seniman, Budayawan, Sasterawan dan Penyiar.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penguna Facebook memuji sikap santai Rosmah dalam melayani kanak-kanak tersebut tanpa sebarang protokol.

“Datin Seri Rosmah Mansor memang seorang yang amat pengasih dan penyayang. Beliau sukakan kanak-kanak sebab itu lahirnya PERMATA Negara,” kata Datuk Seri Abdul Rahman Bakar.

“Dalam kelembutan ada ketegasan, naluri keibuan terserlah pada aura kebaikan Datin Seri Rosmah Mansor” ujar Noraidah Kassim.

“Hepi sungguh napok anak kecil tu, semoga Allah memberkati Datin Seri sekeluarga,” kata Zack Kagum pula.

Apa yang lebih menarik lagi adalah ada dikalangan penyokong parti pembangkang yang turut mempertahankan Rosmah sambil menyifatkan mereka yang suka mengkritik itu keterlaluan meluahkan kebencian terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa.

“Kita boleh berbeza pandangan dan berlainan fahaman politik tapi jangan keterlaluan dalam meluah kebencian dengan kanak-kanak yang tidak berdosa dijadikan bahan kutukan hanya disebabkan miliki pemikiran jumud tahap maksima yang sampai tidak miliki akhlak dan perasaan kemanusiaan langsung” kata Hanisya Abdul Hamid dengan tegas bagi membidas tuduhan keterlaluan itu.

-pru14.tv-

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana