PROJEK FIBER OPTIC RM214.2 JUTA KEPADA MUKHRIZ BUKTI SALAH GUNA KUASA MAHATHIR

1. Episod demi episod Exco Armada PPBM terus berkembang. Dari mempersoalkan kekayaan anak-anak Mahathir Pengerusi PPBM dan skandal Muhyiddin kepada laporan SPRM. Terima kasih kepada Exco Armada PPBM yang lapor SPRM.

2. Bukti terbesar dan salah guna kuasa yang paling jelas dan ketara ialah pada tahun 2003 ketika Mahathir sebagai PM dan Menteri Kewangan apabila memberikan Syarikat Opcom Holdings Berhad milik Mukhriz Mahathir dan anak-anaknya kontrak berpusat membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta ‪#secara‬ rundingan terus” daripada Telekom Malaysia kelulusan Kementerian Kewangan.

3. Opcom telah memonopoli projek fiber optik TM sehingga ke hari ini[Rujuk surat MOF bertarikh 7 Oktober 2003]

4. Bukan itu sahaja kerana monopoli pengeluar fiber optik pada Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd ( TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB)Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4b. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom apabila dalam tahun 2015 TM menganugerahkan 3 projek berjumlah RM RM282.24 juta.

5. Selain itu pada penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital.

6. Mengesahkan Opcom 'baby kesayangan' Mukhriz mengutip semula Opcom selepas digugurkan jawatan MB Kedah pada 22 Julai 2016 sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%.

7. Pada tahun 2015 Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

8. Sangat melucukan Mahathir dan Mukhriz berbicara mengenai kesengsaraan rakyat sambil berpura-pura menolong mereka wal hal sekalipun apa saja berlaku Mahathir dan anak-anak tetap jutawan.

9. Apa lagi bukti yang paling kuat dan jelas melainkan Opcom. Seorang PM dan Menteri Kewangan beri kelulusan projek kepada anaknya sebelum meletak jawatan sebagai PM yang ketika itu ditangisi. Tetapi kembali ke meja PM dan Menteri Kewangan sempat luluskan projek untuk anaknya. Ini bukan rasuah serta salah guna kuasa?

10. Mahathir akan menyelamatkan Mukhriz dengan segala cara. Impiannya Mukhriz adalah PM. Jika tak dapat menangkap Mahathir tangkap Mukhriz. Mukhriz lumpuh dengan sendirinya maka PPBM juga akan lumpuh.

Captain M
21 Jun 2017

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana