Pembangkang dah habis idea serang Najib...Habis Dah Buat Itulah Caranya Plak

Usaha pembangkang yang cuba untuk 'menghidupkan' kembali isu Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat mengenai kleptokrasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dilihat sebagai ketandusan idea dan sengaja diulang tayang supaya ia berpanjangan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, bukan itu sahaja, tindakan memainkan isu tersebut juga dilihat sebagai muslihat pihak tertentu untuk dijadikan sebagai 'buah mulut' rakyat semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Cubaan DoJ untuk memfailkan saman sivil hanya berdasarkan laporan daripada pihak yang tidak dikenali amat mencurigakan. Lebih-lebih lagi apabila 1MDB yang dikatakan wangnya dicuri tidak pernah dipanggil oleh pihak DoJ untuk memberi sebarang kenyataan.

"Usaha untuk mengaitkan aktiviti kleptokrasi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat sengaja diada-adakan dan mereka (DoJ) sekali lagi gagal untuk menyebut secara jelas nama Perdana Menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) sebagai defendan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Ab Aziz yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sri Gading,  sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berpegang kepada siasatan yang telah dijalankan oleh penguatkuasa dalam negara seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Audit Negara dan juga Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Kesemua agensi penguatkuasa ini telah merumuskan bahawa Perdana Menteri bebas daripada sebarang salah laku transaksi kewangan 1MDB. Malah, indikator-indikator perkembangan ekonomi dan kewangan negara semakin menggalakkan mejadi bukti kepada kejayaan Perdana Menteri mengurus ekonomi negara dengan baik serta mengurus keperluan rakyat sehingga ke akar umbi," katanya.

Beliau turut meminta siasatan dilakukan terhadap Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mengatakan terdapat usaha melobi DoJ untuk membawa kes ini ke hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana