PAS MEMANG PARTI ‘FLIP FLOP’, KATA PAN...SEBOK DENGAN SALAHUDDIN NI

Pegangan PAS sentiasa berubah-ubah dalam soal kerjasamanya dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), kata Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa parti itu masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan semua parti pembangkang, kecuali Amanah dan DAP dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14.

Pelawaan itu dibuka kepada PKR dan PPBM sekiranya kedua-dua parti itu memutuskan kerjasama politik dengan Amanah dan DAP, Amar dilaporkan sebagai berkata.

“Mengenali PAS ia boleh membuat keputusan pada hari ini, kemudian esok berubah. Jadi saya tidak pelik dengan sikap ‘flip flop’. Saya tidak hairan jika mereka akan bercakap hal yang di luar dugaan kita sama ada pada hari ini atau mendatang.

“Yang mana ‘flip flop’ sudah menjadi amalan pemimpin PAS pada hari ini,” katanya kepada pemberita di sidang media Amanah hari ini.

Tahaluf siyasi PAS dan PKR juga terbatal pada Mei lalu selepas mendakwa parti pimpinan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu melanggari syarat-syarat kerjasama.

Kerjasama PAS dan PPBM pula menemui jalan buntu apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menutup pintu rundingan dengan alasan partinya tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan Amanah dan DAP.

Dalam sidang media yang sama juga, Salahuddin memaklumkan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan barisan kepimpinannya selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Tidak ada masa terluang untuk kami mengadakan mesyuarat dalam beberapa hari ini kerana hari raya. Barisan kepimpinan tertinggi PH dan logo yang akan dimuktamadkan akan diumumkan selepas hari raya,” ujarnya.

Beliau juga diajukan kemungkinan perubahan di dalam cadangan struktur kepimpinan itu selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik diri dari menjadi calon Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU14.

“Dari semangat PH, semua bersetuju perkara penting dan peranan yang telah dan akan dimainkan Anwar meskipun beliau di dalam penjara.

“Kita tidak ada apa-apa tentang perkara itu. Saya yakin apa yang dinyatakan Anwar adalah supaya kita jangan terganggu dengan apa-apa isu yang boleh melengahkan pergerakan PH. Tetapi bagi PH keperluan untuk Anwar bersama dengan langkah ke depan tetap penting dalam apa tindakan kita,” tegasnya.

Anwar pada kelmarin membuat kejutan apabila mengumumkan beliau tidak akan menawarkan dirinya untuk menjadi Perdana Menteri jika PH menang pada PRU14.

Anwar melalui kenyataan yang dikeluarkan menerusi PKR berkata, PH harus memberikan perhatian kepada dasar negara, kepincangan sistem dan ke arah kemenangan PRU14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana