PAKAT TIPU RAKYAT, NAK RASMI NAMA PUN LIAT

TIGA kali penangguhan dalam tempoh sebulan untuk mendaftarkan nama Pakatan Harapan sebagai pertubuhan rasmi untuk berlawan depan berdepan dengan BN dalam PRU14 yang akan datang, bukanlah begitu mengejutkan sangat.  Malah jangan terkejutlah kalau lepas raya pun tak akan daftar juga.

Kena ingat tu, raya ada banyak raya, raya mana satu yang Azizah maksudkan?  Pilihanraya ke? Cakap dengan suku sakat Anwar ni kena betul sikit, dia berbelit banyak.

Apa pun, cerita penangguhan ini bukan dilihat dari sebulan yang baru ini saja, sebetulnya dah lama – lama sebelum Mahathir tubuhkan PPBM pun.

Ini baru Pakatan Harapan, sebelum ini Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, semua pun menerima nasib yang sama juga – tidak didaftarkan sampai sudah.  Dengan Pakatan Rakyat dan Barisan Alternatif, masalahnya PAS dan hudud, dengan Pakatan Harapan, masalahnya Mahathir pulak.

Sehingga penulis terfikir puak ini sengaja cari masalah ke untuk pastikan tak boleh daftar nama?  Sepanjang masa ini (dari Pakatan Harapan ditubuh oleh DAP secara air liur), dah banyak parti politik di daftarkan tanpa masalah, membuktikan bukan kerajaan BN hari ini penghalangnya tapi mereka sendiri.

Hakikatnya sebenarnya, sehingga DAP menguasai sepenuhnya pembangkang, jangan mimpilah mereka akan bersatu dibawah satu nama seperti BN.  Semuanya mesti ikut DAP nak macam mana atau boleh mimpi sajalah nak ada satu lambang dan satu nama di atas kertas undi seperti yang ramai di kalangan macainya termimpi-mimpu.

Untuk rakyat fikir-fikirkan sepanjang cuti raya ini ialah, kalau nak daftar Pakatan sendiri pun terkial-kial atas pelbagai masalah yang disebabkan perbalahan sesama sendiri, agaknya bagaimana nak selesai masalah rakyat yang lebih besar kalau jadi kerajaan di peringkat persekutuan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana