Pakar PEmbangkang Kenapa Tutup Mata.....?

Guan Eng diminta jelaskan kos perundingan projek jalanraya dan terowong yang didakwa empat kali ganda tinggi

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberi tempoh sehingga seminggu selepas Hari Raya untuk menjelaskan apa yang didakwa sebagai bayaran empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar yang diwartakan untuk kos perundingan projek rangkaian tiga jalanraya dan terowong di negeri itu.

Jika beliau gagal berbuat demikian, perkara berkenaan akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disusuli laporan kepada pihak polis.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) menyatakan bahawa kos RM177 juta yang dibayar kerajaan negeri itu kepada pemegang konsesi projek berkenaan adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding kadar maksimum dibenarkan iaitu RM41.05 juta.

"Berdasarkan laporan LJM itu, ini bermakna Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terlebih bayar RM136 juta," katanya pada sidang media di Cyberjaya, Selasa.

Rahman berkata, beliau memberi tempoh seminggu untuk Guan Eng menjelaskan perkara itu.

"Jika dia gagal memberi penjelasan atau ianya tidak mencukupi, kita akan melaporkan perkara ini kepada SPRM.

Menurut Rahman lagi mengikut jadual asal projek berkenaan yang ditandatangani pada 2013, pembinaan jalan-jalan itu sepatutnya bermula pasa 2015 dan siap pasa 2018. Tetapi sehingga kini ia tidak dimulakan langsung.

“Pembayaran lebihan ini lebih tinggi dari RM100 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi usaha penebatan banjir sejak 2008.

“Jumlah ini sama dengan bayaran bonus Hari Raya sepanjang 18.2 tahun melibatkan kos RM7.2 juta yang diberikan Kerajaan Pulau Pinang kepada kakitangan kerajaan negeri dan guru tahun ini,” katanya lagi.


BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH MENGENAI ISU BERKENAAN OLEH DATUK ERIC SEE-TO,TIMBALAN PENGARAH KOMUNIKASI STRATEGIK BARISAN NASIONAL

1. Dua bulan lalu, kami dimaklumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng bahawa laporan bernilai RM305 juta bagi projek Terowong Pulau Pinang yang menjadi buah mulut orang ramai sejak dimulakan pada lewat 2013 tidak akan siap dan ditangguhkan lagi sehingga hujung tahun ini. Beliau memberikan alasan kononnya ia disebabkan oleh satu projek yang dianugerahkan kerajaan Barisan Nasional pada 1999, iaitu 18 tahun lalu.

Kita tidak akan mengulas lanjut bagaimana sebuah projek yang dianugerahkan 18 tahun lalu boleh menyebabkan kelewatan kepada satu projek yang dianugerahkan kerajaan beliau pada lewat 2013, malah kami menganggap ia tidak lebih dari taktik melencong DAP “Semua Salah BN” bagi menutup kelemahan mereka.

2. Bagaimanapun, bagi mengelak pelbagai keraguan, projek Terowong Pulau Pinang merangkumi dua bahagian iaitu tiga jalan sambungan dan sebuah terowong.

3. Berdasarkan kepada Laporan Kira-Kira Kerajaan Pulau Pinang 2016, projek bagi tiga jalan dan terowong serta jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri pada 22 Mei 2017 jelas menyatakan, pembinaan tiga jalan dalam projek itu mencakupi:

• Jalan berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bagang sepanjang 10.53km dengan kos RM377.6 juta.

• Jalan pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Itam sepanjang 5.70km dengan kos RM851 juta

• Jalan pintasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Persiarang Gurney sepanjang 4km dengan kos RM757.9 juta.

4. Secara keseluruhan, ketiga-tiga jalan berkenaan akan merangkumi jarak 20.23km dengan kos RM1.99 bilion atau kos pembinaannya akan menelan belanja RM98.2 juta bagi setiap kilometer.

5. Berdasarkan Laporan PAC Pulau Pinang itu, pecahan berjumlah RM305 juta bagi kos menyediakan laporan dianugerahkan kepada pemegang konsesi sudah diberikan. Secara khusus, laporan kebolehlaksanaan bagi ketiga-tiga jalan menelan belanja RM31.3 juta manakala kos bagi yuran rekabentuk terperinci ialah RM177.5 juta, atau RM208,755,080.00 bagi kos berkenaan.

Kos ini, tidak termasuk lagi bayaran bagi laporan yang lebih rumit untuk projek Terowong Pulau Pinang, yang memerlukan RM96 juta.

6. Melalui Laporan PAC Kerajaan Pulau Pinang itu, Kerajaan DAP membuat justifikasi kepada kos sangat tinggi hanya untuk menyediakan laporan dengan mendapatkan Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) untuk membuat justifikasi kos berkenaan.

7. Pada masa kita tidak mahu mempersoalkan kearifan IEM Pulau Pinang, kami yakin tindakan mendapatkan pertubuhan kejuruteraan untuk membuat justifikasi kepada kos yang tinggi adalah tidak wajar.

8. Biarpun kos bagi menyediakan laporan kebolehlaksaan tidak tertakluk kepada garis panduan Kerajaan Persekutuan, kos bagi rekabentuk adalah berpandukan kepada skala yuran yang diwartakan kerajaan. Skala yuran ini tidak dikawal oleh persatuan jurutera tetapi oleh Lembaga Jurutera.

9. Di bawah perenggan 4(1)(d), Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138), Lembaga Jurutera, dengan kelulusan dari Menteri Kerja Raya, meluluskan skala yuran yang dikenakan oleh Jurutera Profesional bagi khidmat nasihat kejuruteraan dan khidmat lain yang diberikan. Skala yuran ini sudah diwartakan.

10. Memandangkan pembinaan jalanraya di Malaysia bukanlah baharu dan negara ini memiliki pengalaman dalam pembinaan jalanraya, kami mempersoalkan kos tinggi yang dikenakan bagi laporan berkenaan.

Sehubungan itu, kami telah menulis ke Lembaga Jurutera bagi mendapatkan pandangan profesional dan mereka telah memberikan jawapan. (Muat turun dokumen PDF di capaian ini).

11. Melalui jawapan mereka, Lembaga Jurutera menyatakan jumlah RM177,485,756.00 yang dibayar oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada pemegang konsesi adalah EMPAT KALI lebih tinggi dari paras maksimum yang dibenarkan di bawah skala yuran sudah diwartakan di mana Lembaga Jurutera telah membuat perkiraan, kadar maksimum adalah RM41,052,003.62.

12. Berdasarkan kepada jawapan dari Lembaga Jurutera, kami percaya Kerajaan Pulau Pinang telah terlebih bayar sebanyak RM136.4 juta.

13. Mengikut jawapan bertulis yang dibuat Exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng kepada Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 19 Mei 2017, beliau telah mengesahkan sejumlah RM208.8 juta sudah dibayar kepada pemegang konsesi menggunakan tanah milik kerajaan.

Ini memberi petunjuk bahawa Kerajaan Pulau Pinang sudah membayar sepenuhnya yuran kebolehlaksanaan dan rekabentuk terperinci bagi tiga jalan utama itu.

Pengesahan kepada pembayaran RM220 juta sudah dibuat

14. Jadual asal projek ketika ia ditandatangani pada akhir 2013 menunjukkan pembinaan bagi dua dari tiga jalan utama ini sepatutnya dimulakan pada 2015 dan siap sepenuhnya pada 2018.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjutan menunjukkan sehingga tarikh ini, tiada langsung pembinaan fizikal sudah dimulakan di mana-mana jalan berkenaan.  

Sejak 2015, Kerajaan Pulau Pinang memberikan pelbagai alasan terhadap kelewatan itu, termasuk kebimbangan kononnya jalan berkenaan tidak akan mampu menyalurkan limpahan hujan hinggalah kepada alasan tidak tahu siapa pemilik tanah di mana jalan berkenaan akan dibina.

Ketika ini, Kerajaan Pulau Pinang menyatakan tarikh pembinaan paling awal projek berkenaan boleh dimulakan adalah pada pertengahan 2018, atau dengan sengaja mahu dimulakan selepas Pilihanraya Umum ke-14.

15. Kerajaan Pulau Pinang perlu membuat penjelasan mengapa mereka sudah membayar 400 peratus lebih tinggi dari kadar maksimum yang ditetapkan skala yuran sudah diwartakan bagi rekabentuk terperinci tiga jalan berkenaan, atau lebihan bayaran sebanyak RM136 juta.

Pembayaran lebihan ini lebih tinggi dari RM100 juta yang dibelanjakan Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi usaha penebatan banjir sejak 2008, sebagaimana didedahkan tentang kos penebatan itu oleh Exco Pulau Pinang, YB Chow Kon Yeow pada 15 November 2016.

Jumlah ini sama dengan bayaran bonus Hari Raya sepanjang 18.2 tahun melibatkan kos RM7.2 juta yang diberikan Kerajaan Pulau Pinang kepada kakitangan kerajaan negeri dan guru tahun ini.

16. Satu lagi misteri ialah, berdasarkan kepada jawapan terperinci YB Lim Hock Seng, kos khidmat perundingan bagi jalan berkembar sepanjang 10.53km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang adalah RM120.4 juta atau 32 peratus dari kos pembinaan berjumlah RM337.6 juta, atau SEPULUH KALI ganda dari paras maksimum yang dibenarkan oleh skala yuran yang diwartakan Lembaga Jurutera.

Jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 19 mei 2017. Mengapa bayaran khidmat perunding bagi jalan yang pendek lebih mahal dari terowong bawah laut yang lebih mahal dan sukar?

Kerajaan Pulau Pinang perlu menjawab mengapa yuran khidmat rundingan sebanyak RM120.4 juta hanya untuk membina jalanraya yang mudah melibatkan jarak 10.53km, di mana Malaysia memiliki banyak kepakaran dan kos itu lebih mahal sebanyak RM96 juta bagi bayaran khidmat rundingan untuk membina terowong bawah laut bernilai RM3.5 bilion.

17. Pada masa sama, kita mahu rakyat menilai sendiri sama ada munasabah atau tidak, RM210 juta sudah dibayar Kerajaan Pulau Pinang hanya untuk laporan pembinaan jalanraya 20km atau RM11 juta bagi setiap kilometer, yang turut lewat pembinaannya selama tiga tahun.

Sebagai perbandingan, Kerajaan Barisan Nasional sudah membelanjakan RM230 juta bagi menyiapkan sepenuhnya Jambatan Batang Sadong, jambatan terpanjang di Sarawak pada ketika ini. Jambatan ini yang dijanjikan melalui Pilihanraya Negeri Sarawak pada 2011, sudah dibuka kepada pengguna tahun lalu.

Datuk Eric See-To,
Timbalan Pengarah,
Komunikasi Strategik Barisan Nasional

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana