Mukhriz Tak Dapat Lari Dari SPRM Jika Wujud Salahguna Kuasa Dalam Opcom

Nampak gayanya integriti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini mula menjadi persoalan hangat. Nak pula bila timbulnya skandal seks yang turut melibatkan pemimpin tertinggi parti itu sudah pasti sedikit sebanyak mengundang persepsi negatif rakyat terhadap pembangkang.

Selepas itu, timbul pula kes kepimpinan dikalangan pemimpin parti tersebut sehingga menyebabkan Ketua Armada tetiba jadi Singa suruh orang lain letak jawatan dan sebagainya.

Isu tersebut timbul apabila ada sebilangan besar ahli PPBM di Perak mengambil tindakan keluar dari parti tersebut yang didakwa telah didalangi oleh pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.

Bukan hanya itu sahaja, malah isu mengenai hasil kekayaan anak kepada Pengerusi PPBM mula dipersoalkan dan menjadi topik paling hangat diperkatakan oleh barisan kepimpinan anak muda parti itu sendiri.

Satu persatu masalah timbul yang menyaksikan parti ini berada pada situasi yang cukup goyah. Terbaru, apabila Exco Armada PPBM Mohamad Taufik Abas semalam buat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Pengerusi PPBM serta anaknya yang juga Timbalan Presiden parti itu.

Mohamad Taufik yang juga Pengerusi Biro Jaringan Luar Bandar PPBM mendakwa, isu itu melibatkan pemberian tender membekalkan kabel fiber optik kepada syarikat Opcom Sdn. Bhd. (Opcom).

Syarikat itu didakwa dimiliki Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai diberikan sendiri oleh Kementerian Kewangan yang ketika itu jawatan disandang Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Jadi, saya ingin SPRM siasat sebarang kemungkinan salah guna kuasa dan rasuah kerana Telekom merupakan syarikat berkaitan kerajaan manakala Kementerian Kewangan berada dalam jawatankuasa tender,” kata Mohamad Taufik.

Susulan itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung dakwaan terhadap seorang pemimpin utama PPBM.

SPRM akan menyiasat sekiranya wujud elemen salah guna kuasa dan rasuah berhubung pemberian tender membekal kabel fiber optik kepada syarikat milik Mukhriz Mahathir oleh Telekom Malaysia Bhd. pada 2003.

“Kita baharu terima dan akan melihat kepada isu ini. Jika wujud unsur rasuah dan salah guna kuasa, siasatan akan dijalankan,” kata Azam Baki.

Secara kesimpulannya, pemimpin dikalangan puak Pakatan Harapan ini gemar mendabik dada dan mendakwa diri mereka ‘Suci’ dan ‘Maksum’ dari orang lain sedangkan hakikatnya, banyak skandal yang menyelubungi kehidupan mereka selama hari ini yang cuba disembunyikan dari pengetahuan orang luar. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana