Mukhriz Didakwa Salahguna Kuasa Dalam Projek Bernilai RM 214.2 Juta

Meskipun selama ini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sering mendabik dada mengatakan parti yang di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad itu merupakan parti yang kukuh, namun kini parti itu dilihat semakin goyah dan mengalami krisis dalaman yang teruk.

Inilah jadinya jika niat tidak baik, sebarang usaha pastinya tidak berkat dan tidak lama. Inilah bayangan parti yang diketuai oleh Mahathir selaku Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden. Satu persatu masalah timbul yang menyaksikan parti ini berada pada situasi yang cukup goyah.

Ini dapat dilihat apabila satu persatu isu berkaitan dengan integiriti parti baru ini menjadi topik hangat dikalangan ahli-ahli parti itu sendiri. Jika sebelum ini, Presidennya diselubungi isu skandal seks dengan seorang wanita bukan Islam Nika Gee, malangnya tidak seorang pun pimpinan PPBM yang menjawab perkara tersebut.

Tindakannya itu seolah-olah mengharapkan orang luar akan lupa dengan isu tersebut. Selepas itu, timbul pula kes kepimpinan dikalangan pemimpin parti tersebut sehingga menyebabkan Ketua Armada tetiba jadi Singa suruh orang lain letak jawatan dan sebagainya.

Isu tersebut timbul apabila ada sebilangan besar ahli PPBM di Perak mengambil tindakan keluar dari parti tersebut yang didakwa telah didalangi oleh pemimpin- pemimpin parti itu sendiri.

Bukan hanya itu sahaja, malah isu mengenai hasil kekayaan anak kepada Pengerusi PPBM mula dipersoalkan dan menjadi topik paling hangat diperkatakan oleh barisan kepimpinan anak muda parti itu sendiri.

“Bagaimana pun semua soalan itu akan dielak daripada dijawab oleh mereka yang berkenaan ketika mesyuarat bersama dan saya sendiri menghantar pesanan ringkas kepada Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetapi semuanya membisu seperti ingin melindungi sesuatu.

“Perkara itu perlu dijelaskan dan semua ahli ingin mengetahui kebenaran. Dahulu mereka menjanjikan satu perjuangan yang bersih, tetapi kini mereka sendiri tidak bersih dengan skandal dan isu yang tidak dapat diselesaikan,” kata Exco Armada Muhammad Hafiz Azhar.

Bila isu itu dibangkitkan, maka mulalah pemimpin parti itu bercerita soal Kebebasan Hak Bersuara yang perlu dibataskan sedangkan selama ini mereka boleh pula pertikaikan pasal orang lain.

Inilah sifat hipokrit yang sering kali dipamerkan oleh puak Pakatan Harapan. Kalau orang lain yang buat, sudah pasti mereka akan mengecam dan mengkritik tindakan itu habis-habisan.

Tapi kalau mereka sendiri yang buat, macam-macam alasan yang diberikan untuk menjustifikasikan tindakan dan keputusan yang telah mereka lakukan, walaupun ianya benda yang sama.

Terbaru, Exco Armada PPBM Mohamad Taufik Abas buat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Pengerusi PPBM serta anaknya yang juga Timbalan Presiden parti itu.

Mohamad Taufik Abas berkata laporan itu melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Mahathir merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Beliau mendakwa projek bernilai RM214.2 juta itu diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom.

“Jadi, saya ingin SPRM siasat sebarang kemungkinan salah guna kuasa dan rasuah kerana Telekom merupakan syarikat berkaitan kerajaan manakala Kementerian Kewangan berada dalam jawatankuasa tender,” kata Mohamad Taufik.

Pokok pangkalnya, PPBM ni bukan la sebuah parti yang maksum sangat pun. Sebaliknya, banyak juga isu dalaman yang sengaja disembunyikan oleh pucuk pimpinan parti tersebut. Cuma tinggal lagi, mereka ni lebih suka bersikap retorik bila buat tuntutan terhadap orang lain. – Utaranews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana